Menurutnya, sejurus tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.45 petang, pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terperosok di bawah bas.
"Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta dan disahkan maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian badan.
"Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas persiaran terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Sebuah jentera bomba turut sama membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.
Sehubungan itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati terutama apabila melalui kawasan kampung dan tempat sunyi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan