Jumaat, 22 Mac 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


mak lampir menyalak <b>di ampang</b> kerana gambar bercumbu aljuburi

Posted: 16 Mar 2013 09:30 PM PDT



SHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin hari ini mendakwa penyiaran gambar intim seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu lagi agenda politik terbaru parti lawan.

Beliau berkata pihaknya sudah menjangkakan akan menerima banyak lagi serangan politik berbentuk pendedahan skandal seks Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan lain.

"Merepek. Saya tidak tengok tapi saya tahu ini semua sebab hendak dekat pilihan raya macam-macam yang mereka keluarkan lagi.

"Memang kita sudah jangkakan banyak lagi gambar-gambar video. Ini permainan politik. Dulu 'China Doll' sekarang apa lagi. Semua itu karut," katanya kepada Antarapos.

Ditanya adakah beliau sudah melihat kesemua gambar tersebut, Ahli Parlimen Ampang itu memberitahu belum melihatnya lagi.

"Saya tidak tengok lagi tapi saya jangkakan memang tidak ada kebenarannya," katanya.
Blog http://rajagoyang360.blogspot.com baru-baru ini memuatnaik 13 keping gambar aksi intim seorang lelaki mirip Anwar bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.

Gambar hitam putih yang dipaparkan itu menunjukkan lelaki mirip Anwar itu memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya.
Dalam pada itu, usaha Antarapos untuk mendapatkan respon daripada pemimpin PKR yang lain tidak membuahkan hasil.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana belum melihat gambar-gambar intim itu.

Sementara usaha menjejaki Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak berhasil.

Anwar sebelum ini dikaitkan dengan dua kes liwat masing-masing membabitkan bekas pemandu peribadinya, Azizan Abu Bakar dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun untuk kes membabitkan Azizan, Mahkamah Persekutuan memutuskan membebaskan Anwar setelah beliau membuat rayuan pada 2004.

Manakala pada awal tahun lalu, Anwar dibebaskan daripada dakwaan meliwat Saiful setelah pihak mahkamah menolak beberapa bukti dari pendakwaraya.

Jika mahu sebar artikel ini sila klik "Blog This" setelah itu artikel terus masuk kedalam blog anda,pastikan blog anda sudah 'Log In'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads