ads

Sabtu, 2 Mac 2013

12 di beranang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


Parti Sosialis Malaysia <b>Semenyih</b>: Sehari Kempen bersama Calon <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 08:50 AM PST


Bermula dari pukul 8.00 pagi di Pasar Pagi Beranang dengan edaran risalah, berakhir dengan satu ceramah  di Taman Manickavasagam Semenyih, anjuran PKR. Program tersebut habis pada lebih kurang 11.30 malam – 'election mood' sudah ada tapi 'election' sahaja tak tahu bila mau mari! Sekarang ura-ura ialah pada bulan Jun. Asalkan bukan 'emergency' yang di 'declare' cukuplah.
Bakal calon pilihanraya kami Saudara Arutchelvan untuk kerusi N24 Semenyih, yang juga  Setiausaha Agung PSM memang banyak stamina – walaupun saya letih sehari suntuk berjalan, tapi saudara Arul memang 'steady'. Sebenarnya sesiapa pun boleh rasa 'motivated' dengan calon-calon pilihanraya Parti Malaysia Malaysia – Sdra Dr. Kumar, Dr. Nasir, Comrade Saras dan Arul  yang mempunyai motivasi  begitu tinggi untuk berkhidmat pada rakyat lebih dari 16 jam setiap hari tanpa lesu. Memang membanggakan 'to be part of PSM' – satu parti yang berprinsip, berani dan BERSIH.
Sehari sebelum saya ada menghadiri program Saudara Arul di Kampung Sri Tanjung di mana penduduk di sini amat selesa dengan Saudara Arul, cara mereka berinteraksi dan itu satu kemajuan yang amat ketara. Antara isu Taman Sri Tanjung ini telah di bantu oleh Saudara Arul ialah isu CF, kini kebanyakan taman perumahan sudah mendapat CF. Satu perubahan yang juga dinikmati oleh penduduk di Taman Pelangi dan Broga yang mendapat jalan bertar dan lampu jalan yang menjamin keselamatan mereka.
Di Beranang, majoriti penduduk etnik Melayu-Muslim. Di kawasan ini memang kurang undi yang diterima oleh Sdra Arul pada tahun 2008. Namun apa yang kita lihat hari ini jauh lebih bagus dari segi tahap penerimaan wakil 'opposition', tak ada 'hostility' dan kita yang mengedarkan risalah rasa lebih selesa kerana tidak terasa asing. Ini, saya rasa kerana saudara Arul sebagai ahli Majlis Zon 18 yang juga mempunyai pusat khidmat di Rinching telah banyak membuat kerja di kawasan ini sejak 2008.
Selepas Beranang, kami mengedar risalah sambil jumpa penduduk di pekan Semenyih – lebih ramai orang yang kenal saudara Arul dan 'volunteer-volunteer' PSM – mereka terus berjabat tangan dan bertanya khabar. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memberi aduan.
Kemudian, kami sambung memberi risalah di Semenyih Central – yang melucukan apabila kawan-kawan yang menyambut Tahun Baru Cina meminta 'angpau', saudara Arul terus berkata, 'ambil angpau dari BN, beri undi pada Pakatan' – "betul, betul, betul itu" begitulah respon ceria penduduk.
Selepas makan tengahari, kami beredar pula ke Kampung Bharu di mana beberapa kawan-kawan di sana telah membawa kami melawat penduduk rumah ke rumah. Tahun 2008, aduan pertama mereka kepada saudara Arul ialah mengenai isu geran tanah – hari ini majoriti sudah dapat geran. Majoriti penduduk di sini beretnik Cina. Nampak Arul sahaja, mereka terus angkat tangan perjuangan mereka – 'ini kali mesti menang, mesti menang' – begitu tinggi harapan mereka untuk membawa satu perubahan dan semangat ini sangat penting untuk calon-calon kita bekerja kuat.
Selepas itu, kita ada satu ceramah kelompok di hadiri oleh lebih kurang 60 orang di Kg. Sireh. Sebuah kampung yang telah mendapat 'recognition' atas usaha saudara Arul dan rakan-rakannya. MPKj pun tak kenal adanya satu Kampung Sireh, kini mereka sudah ada papan tanda, jalan bertar, pungutan sampah dan sebagainya.
Ceramah kecil-kecilan ini bertujuan memberitahu hasrat PSM mengenai pilihanraya ke 13.  Beberapa soalan penting telah diajukan oleh penduduk semasa ceramah kelompok ini, antaranya 'jika kita mengundi opposition, kerajaan boleh tahuke?' Menurut Sdra Arul, sejak pilihanraya 2008, nombor siri yang tertera di sebelah setiap nama pengundi tidak wujud lagi, maka government tidak boleh mengesan, lagipun undi adalah rahsia. Maklumat tambahan saudara Arul, polis dan askar pun boleh mengundi kali ini di depan kehadiran pihak pembangkang. Memang BERSIH telah membolehkan perubahan-perubahan ini.
Satu mesej saudara Arul semasa ceramah kelompok ini tentang logo PSM yang sangat menarik 'ini adalah tangan perjuangan, bukan tangan yang meminta sedekah atau mengambil rasuah. Di mana-mana sahaja berlaku perjuangan rakyat, di situ setiap orang secara automatik akan menghayun tangan ke udara dengan tegas – itulah tangan perjuangan yang selama ini dan selama-lamanya akan membawa perubahan nyata'.

Parti Sosialis Malaysia <b>Semenyih</b>: Edar Risalah <b>di</b> Pasar Pagi <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 05:06 AM PST

Hari ini, ahli-ahli PSM Semenyih dan PSM Kajang telah turun ke Pasar Pagi Beranang bersama Sdr. Arul,  untuk mengedar risalah memperkenalkan Parti PSM. Turut hadir bersama untuk membantu adalah En. Halim wakil MPP dari Bandar Rinching.

PSM akan bertanding di PRU ke 13 dengan menggunakan logo Genggaman Tangannya buat pertama kalinya. Sebelum ini, PSM terpaksa meminjam logo DAP (ketika pilihanraya ke 10) dan PKR ( pilihanraya ke 11 dan 12) kerana ketika itu, PSM tidak mendapat pendaftaran. PSM merupakan satu-satunya parti yang telah menyaman kerajaan BN kerana enggan memberi pendaftaran.

Ketika itu, salah seorang pakcik telah memberitahu rakanya bahawa Sdr. Arul merupakan seorang pejuang masyarakat tanpa mengira kaum. Beliau menerangkan bahawa Sdr. Arul telah membantu penduduk Kg. Berembang di Ampang untuk mempertahankan masjid di kampung tersebut daripada diroboh oleh pihak berkuasa dibawah pemerintahan Barisan Nasional.


Ramai pengunjung ke pasar pagi telah memberi sokongan kepada PSM dan bersemangat untuk membawa perubahan dengan menolak BN di PRU ke-13.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved