Selasa, 19 Mac 2013

12 di sungai tenggi - Google Blog Search

12 di sungai tenggi - Google Blog Search


Permintaan <b>Tinggi</b> Ikan <b>Sungai</b> | MyNewsHub

Posted: 24 Jan 2013 11:12 PM PST


JERANTUT – Kerja menangkap ikan sungai Sungai Tembeling menjadi rutin harian, Adenan Nipah, 56, yang tinggal di Kampung Tempan, Hulu Tembeling di sini.

Adenan yang memiliki permit menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan Pahang mengerah kudrat dan kemahirannya menangkap ikan sungai untuk menambah pendapatan keluarga dan membiayai persekolahan anak.

Menurutnya, kebiasaannya hasil tangkapan yang diperoleh adalah ikan patin, ikan jelawat, ikan temoleh, ikan lawang, ikan baung, ikan genahak dan spesies lain di perairan berkenaan.

Tambah Adenan, ikan kelah antara spesies yang mahal dan bermutu tinggi kerap ditangkap di sungai berkenaan, tetapi menyifatkan ikan itu agak sukar diperoleh sejak akhir ini.

"Kebiasaannya, rutin harian saya turun ke sungai pada waktu pagi, petang dan malam untuk menangkap ikan di sekitar jarak lima kilometer aliran Sungai Tembeling antara Kampung Tempan hingga Kuala Kenyam.

"Saya menggunakan bot hentian kaca 40 kuasa kuda dan jaring untuk menangkap ikan di sungai ini," katanya di Kampung Tempan, di sini, kelmarin.

Bapa kepada sembilan anak itu berkata, beberapa kali jaring yang dipasang memperoleh rezeki berbaloi apabila ikan patin muncung antara spesies yang mahal berjaya ditangkap purata dalam tempoh sebulan.

"Boleh tahan juga rezeki yang diperoleh kerana ikan kelah dan ikan patin antara ikan yang bernilai tinggi, iaitu antara RM100 hingga RM130 sekilogram dan sesekali saya terpijak rezeki memperoleh RM800 sehari setelah ditolak (dijual) kepada pengusaha restoran dan resort Taman Negara di Kuala Tahan," katanya.

Dia yang bekerja sebagai nelayan sungai sejak 40 tahun lalu, berkata, harga ikan Sungai Tembeling sehingga kini mencecah antara RM15 hingga RM120 sekilogram apabila dijual di Pasar Bandar Jerantut dan pasar tani kerana permintaan tinggi daripada penggemar masakan tradisional Melayu Pahang.

"Purata pendapatan sehari saya antara RM50 hingga RM100 dan bolehlah membeli keperluan dapur, persekolahan anak dan sedikit disimpan untuk waktu kecemasan," katanya. – Sinar Harian Online

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads