Khamis, 25 April 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Ampang</b> ABN News | BM

Posted: 22 Apr 2013 08:35 AM PDT

KUALA LUMPUR — Beberapa kawasan sekitar Ampang hari ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan berlakunya masalah henti tugas pam di rumah pam Wangsa Maju.

Penolong Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata kejadian jam 12.30 malam tadi melibatkan gangguan di pam nombor empat dan lima.

"Ekoran daripada kejadian ini, hanya tiga buah pam yang berfungsi sekaligus mengurangkan kadar pengepaman air untuk diagihkan di sekitar Gombak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah pam Wangsa Maju mempunyai lima buah pam yang mana empat daripadanya beroperasi dan satu diletakkan dalam keadaan 'standby'.

Rumah pam Wangsa Maju telah beberapa kali mengalami masalah teknikal disebabkan ia telah beroperasi secara 'overload' bagi menampung permintaan bekalan air dari kawasan bekalan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur.

Justeru katanya buat masa ini pihaknya bersama kontraktor berkenaan telah mengambil tindakan segera dan sedang menyelesaikan masalah tersebut bagi membolehkan pam berfungsi seperti biasa.

Syabas juga akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa, katanya.

Dianggarkan sejumlah 3,500 akaun pengguna di sebahagian Ampang terjejas termasuk di Desa Lembah Permai, Taman Dagang Jaya, Kampung Tasek Permai, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah dan Taman Halaman Indah.

Berikutan itu, pengguna disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan pam.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252.   - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads