ads

Sabtu, 6 April 2013

12 di batu caves - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Gempar! Lelaki Tergantung 12 Jam <b>Di Batu Caves</b> | My Berita

Posted: 27 Jan 2013 04:03 PM PST

Gempar! Lelaki Tergantung 12 Jam Di Batu Caves | Tidak terduga buat seorang lelaki apabila dirinya dipercayai tergantung hampir 12 jam tanpa sebarang bantuan akibat tergantung di cerun bukit berhampiran Batu Caves. Hajat yang mahu mencari haiwan ternakannya, berakhir dengan satu tragedi yang tidak akan dilupakan. Tergantung dengan kepala di bawah kaki di atas, merupakan satu pengalaman yang agak perit sebenarnya. Ini kerana posisi yang tidak stabil akan menyukarkan pernafasan. Bagaimanapun lelaki ini selamat.

Selayang: Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi semalam.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mendaki bukit berkenaan lewat petang kelmarin untuk mencari kambingnya tetapi terjatuh dari tebing bukit setinggi 25 meter, namun bernasib baik apabila kaki kirinya tersangkut pada akar kayu sebelum ditemui jam 8 pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam dan menghantar pasukan bagi menjalankan operasi menyelamat.

"Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian 13 minit selepas mendapat maklumat. Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati tersangkut serta tergantung di akar pokok dengan kepalanya ke bawah.

"Bomba mengambil masa hampir sejam bagi menyelamat dan menurunkan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal, lelaki terbabit dipercayai tergelincir dari bukit berkenaan ketika mencari kambingnya, lewat petang kelmarin.

"Kejadian tak disedari sesiapa dan mangsa dipercayai tergantung di tebing bukit itu lebih 12 jam sebelum ditemui orang ramai yang berada di kuil," katanya.

Sumber : Harian Metro

Si Gadis Tiramisu: Kerja Kosong <b>di Batu Caves</b> Centerpoint !!!!!!

Posted: 19 Mar 2013 07:06 PM PDT

HELLO !!! 
SEDANG MENCARI JAWATAN KOSONG ??? 
JAWATAN KOSONG !!

Kami mencari calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat kami. 

1. Kerani am/admin - Min Diploma
2. Kerani Akaun - Min LCCI
3. Web Designer - Min Diploma
4.Tea Lady/Cleaner- Wanita,30-45 tahun
5. Despatch - Min SPM,mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu yang sah
6. Body Guard - 2 kekosongan,lelaki,25-45 tahun,mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri..

Sila hubungi Cik Nurul (HR Director) di talian : 019-228 6194 untuk maklumat lanjut.

Temuduga akan dijalankan pada 8 April 2013 bertempat di NO. 80 JALAN 3, BATU CAVES CENTERPOINT pada jam 9 pagi hingga 5 petang. Sila pastikan anda membawa resume beserta dokumen-dokumen penting untuk penilaian sewaktu temuduga dijalankan.

APPLY..APPLY..APPLY.... !! 

Ady Budika: Pengalaman <b>Di Batu Caves</b> Menjelang "Taipusam"

Posted: 24 Jan 2013 03:25 AM PST

Tak pernah terlintas untuk aku menjejakkan kaki ke Batu Caves Murugan Temple. Tapi atas ajakkan opismate aku akhirnya bersetuju untuk ikot diorg pegi melihat cara dan persiapan Taipusam yang di lakukan oleh rakan kita yang beragama hindu ini. 
Setiba disitu,  tak sangka lak jalan jammed sedangkan Taipusam lebih kurang 4 hari lagi. Sekitar kawasan juga sudah dipenuhi dengan gerai2 dan rakyat berbilang kaum. Rata2 nak pegi lihat apa yang ada disitu :)
Haiyooo... awat la kali ni aku rasa entri aku ni macam karangan budak darjah 6? Mybe sebab dah lama tak buat entri kot no :P
So biarkanlah gambar dibawah yang bercerita :) Kali ni aku kelua dengan Chansey, Ning n Arie!!
Makanan yang berwarna warni menarik perhatian aku
Ade tempat nak cukur rambut! 

Bergambar dihadapan Tangga Batu Caves (ramai kat belakang tu dah start memanjat)

Ni Sorang mamat yang hilang kawalan sebab tak pernah nampak merpati 

Pendakian bermula. Perhatikan orang ramai kat bawah.

Pose kejap!!!! Sebenarnya ngelat takmo panjat tangga dah.. penat kottttt

Group Photo!! Time ni kami berempat dan sampai kat atas!
Tekstur bukit yang menarik perhatian

Dah sampai atas.. So nak turun bawah balik.. sekali lagi.. penat!

Ok... Tamat sudah pendakian di sini

Kesimpulannya, persiapan sudah banyak dilakukan menjelang taipusam... tapi kami yang lebih sibuk bergambar disini.. Sekian!


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved