ads

Sabtu, 6 April 2013

12 di sungai buloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Hospital <b>Sungai Buloh</b> ~ info kerjaya | jawatan <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 08:02 AM PDT


IKLAN JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) DI BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, HOSPITAL SUNGAI BULOH

(A) PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29 (SAMBILAN)

Syarat Lantikan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
  • Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik ( Komputer ) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
  • Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Senarai Tugas :
  • Membantu pemantauan pelaksanaan Hospital Information System di Hospital Sungai Buloh
  • Mengurus dan membangunkan aplikasi dalaman mengikut keperluan pengguna di Hospital Sg Buloh
  • Memberi sokongan dan bantuan bagi permasalahan melibatkan penggunaan aplikasi/sistem
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Perkhidmatan
  • Tempoh Perkhidmatan: 3 Bulan. Bergantung kepada keperluan, peruntukan dan prestasi perkhidmatan akan disambung selama 3 bulan lagi.
  • Masa Bekerja: Isnin-Jumaat; 8.00am - 5.00pm
  • Gaji = RM72/Sehari + Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
(B) JURUTEKNIK KOMPUTER(SAMBILAN)

Syarat Lantikan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan kepada calon yang ada Sijil Sains Komputer dan Sijil Teknologi Maklumat atau Sijil berkaitan)
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Senarai Tugas :
  • Membantu mengenalpasti, melaksana, menyelenggara dan membaikpulih sebarang masalah sama ada berkaitan perkakasan atau perisian IT di Hospital Sg. Buloh.
  • Membantu memastikan penggunaan kemudahan peralatan IT, sistem rangkaian LAN, server dan Internet di Hospital Sg Buloh agar sentiasa dalam keadaan baik.
  • Menyediakan keperluan alatan IT dan membantu anggota Hospital Sg Buloh sewaktu menggunakannya dalam kerja seharian, kursus, taklimat dan sebagainya
  • Memastikan membuat semakan dan pengemaskinian senarai terkini dan kedudukan semua asset ICT
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
Perkhidmatan
  • Tempoh Perkhidmatan: 3 Bulan. Bergantung kepada keperluan, peruntukan dan prestasi perkhidmatan akan disambung selama 3 bulan lagi.
  • Masa Bekerja: Isnin-Jumaat; 8.00am - 5.00pm
  • Gaji = RM50/Sehari + Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Pemohon boleh menghantar resume yang disertakan gambar terkini berukuran passport dan salinan sijil-sijil/transkrip yang telah disahkan ke alamat seperti berikut:

Ketua Bahagian Teknologi Maklumat
Bahagian Teknologi Maklumat
Hospital Sg. Buloh
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor

Atau;
Emelkan terus kepada : azidah.azizan@sel.moh.gov.my atau zurasita@sel.moh.gov.my

SEBELUM 19 April 2013 (Jumaat) jam 5.00 Petang

TARIKH TEMUDUGA BAGI PEMOHON YANG BERJAYA : 24 April 2013 (Rabu)
TEMPAT TEMUDUGA : Bilik Mesyuarat, Hospital Sg Buloh
** Sila bawa salinan sijil asal semasa temuduga

Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Bahagian Teknologi Maklumat Hospital Sg. Buloh di talian 03-6145 4347/4348

Sumber : http://hsgbuloh.moh.gov.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved