ads

Ahad, 28 April 2013

12 di beranang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


OPTIMIST UiTM: JCM @ <b>Beranang</b>

Posted: 17 Feb 2013 09:52 PM PST

Sepanjang cuti semester kali ni, warga OPTIMIST UiTM telah terlibat dengan beberapa lokasi untuk program Jom Check Mata (JCM). Antaranya ialah pada 3 Februari 2013 yang lalu, JCM telah berlangsung dengan jayanya di Klinik Kesihatan Beranang, daerah Hulu Langat. 
Memetik daripada blogger Fatin yang juga merupakan pelajar optometri tahun 2, di situ terdapat empat saringan (kaunter) iaitu saringan refraksi, saringan glaukoma, saringan diabetik retinopati dan saringan katarak. Tetapi pesakit terlebih dahulu dikehendaki mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selepas selesai semua saringan, optometrist yang bertugas akan memberikan konsultasi kepada pesakit.
Sekitar suasana JCM di Klinik Kesihatan Beranang;
Kaunter Visual Acuity Test. (Subjective refraction)
Kaunter Autorefraktometer (Objective refraction)
Kaunter saringan diabetik retinopati.


Kaunter konsultasi oleh Optometrist UiTM

JCM di Klinik Kesihatan Beranang yang berlangsung selama sehari ini telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk sekitar daerah Hulu Langat. Ribuan terima kasih diucapkan buat semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program JCM kali ini.  =))

Sekian,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved