ads

Isnin, 29 April 2013

12 di meru - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di meru - Google Blog Search


PRU 13 - Gelombang Biru Merisaukan Pesuruhjaya <b>...</b> - gerakan timur

Posted: 20 Apr 2013 06:30 AM PDT


GT baru terima sms dari kenalan di N42 Meru. 
Katanya, seluruh jentera Gelombang Biru Meru sudah bersiapsedia untuk turun ke medan tempur untuk memastikan BN merampas kembali DUN Meru dari PAS. 
Lebih meyakinkan, tiada sebarang sabotaj atau boycott dari kalangan jentera, yang sudah sepakat "party comes first". Bukan itu sahaja, calon yang dipilih juga bersendikan "denyut nadi rakyat", iaitu anak tempatan. 
Calon BN untuk DUN Meru ialah Tn Hj Sukaiman Ahmad, Bendahari UMNO Bahagian Kapar, yang juga bekas Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional. Beliau juga berjawatan sebagai Timbalan Penyelaras Persekutuan DUN Meru yang kerap turun ke kawasan untuk berkhidmat kepada rakyat. 
Kenalan GT memberitahu, sepanjang 5 tahun Dr. Rani memegang jawatan sebagai wakil rakyat, tiada kesan signifikant terutamanya dari segi pembangunan. 
Masalah sampah, longkang tersumbat, banjir kilat dan jalan rosak gagal ditangani dengan baik oleh Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Sambil berseloroh, kenalan GT memberitahu apa yang boleh warga Meru banggakan berwakilrakyatkan Dr. Rani ialah pemasangan kain rentang, dan juga signboard PAS dan kerajaan negeri yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. 
Malah, ada suara-suara nakal yang memberitahu, Dr. Rani bukanlah YB Meru, tetapi yang YB Luar Negeri, berikutan kecenderungannya untuk ke luar negeri. Akibatnya, warga Meru terbiar.  
So, selamat berjuang, rakan-rakan di Meru. Doa GT mengiringi anda.... Allahuakbar!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved