ads

Isnin, 29 April 2013

12 di sekinchan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sekinchan - Google Blog Search


Anak Najib promosi 1Malaysia <b>di Sekinchan</b> | Free MalaysiaKini

Posted: 26 Apr 2013 05:18 AM PDT

Para peniaga dan orang ramai di Pasar Awam Sekinchan di Sungai Besar pagi ini dikejutkan dengan kehadiran anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman.

Norashman, 22, datang bagi mempromosi program 1Malaysia kepada masyarakat setempat dan ditemani calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon serta calon bagi kerusi DUN Sekinchan, Kek Seng Hooi.

Program itu anjuran Persatuan Kochow Sekinchan Selangor dan Mew Wah.

Anak bongsu perdana menteri itu tiba pada pukul 7.30 pagi dan beliau meluangkan masa kira-kira sejam untuk berjumpa dan beramah mesra dengan peniaga serta orang ramai di sekitar kawasan itu.

Kebolehan Norashman fasih bertutur dalam Mandarin memberi kelebihan kepadanya untuk berbual mesra dengan peniaga di pasar itu, yang majoritinya bangsa Cina.

Ketika ditemui pemberita, Norashman berkata beliau terharu dengan kemesraan dan penerimaan penduduk Sekinchan yang jelas menyemarakkan semangat 1Malaysia walaupun kehadirannya di pasar itu secara mengejut.

"Kehadiran saya ialah untuk mempromosi dan memperkenal konsep 1Malaysia, kerana ia penting untuk kita eratkan hubungan antara kaum dalam kalangan masyarakat di Sekinchan dan juga Malaysia secara keseluruhannya," katanya.

Sementara itu, Noriah berkata walaupun kehadiran Norashman bukan untuk tujuan berkempen, ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada jentera pilihan raya parti untuk bekerja dengan lebih keras dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

"Kita dapat lihat masyarakat Cina di sini begitu teruja bertemu dengan anak perdana menteri. Saya percaya sikap Norashman yang sedia berjumpa mesra dengan masyarakat setempat, adalah bukti kita semua berkongsi semangat yang sama, iaitu semangat 1Malaysia," katanya.

- Bernama

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=77709

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved