Ahad, 7 April 2013

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


Pesuruhjaya PAS Selangor Dakwa Bala Telah Turun <b>Di Meru</b> <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2013 03:49 AM PDT

dr rani osman puchong

Apa kena dengan Pesuruhjaya PAS Selangor?

Penulis mengikuti perkembangan Pesuruhjaya PAS Selangor ini setelah Hassan Ali berjaya "ditumbangkan".

Baru-baru ini, pada satu majlis Perasmian Jentera PRU 13 PAS Puchong di mana Dr. Rani merupakan VIP program tersebut, beliau telah dimuliakan selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sewaktu berucap, Dr. Rani mendakwa, baru-baru ini, sebuah kampung di DUN Meru telah dilanda ribut. Yang kurang enak didengar, Dr. Rani mendakwa bahawa ribut berkenaan adalah "bala" dari Allah kerana beliau telah difitnah kononnya mempunyai skandal bersama seorang wanita seksi.

Penulis yang mempunyai beberapa orang kenalan di Meru cuba mendapatkan kepastian. Amat mengejutkan, apabila tiada satu pun di antara mereka yang pernah mendengar kisah skandal tersebut. Lebih tepat, penulis merujuk kepada seorang sahabat di tempat kejadian ribut itu, iaitu Kampung Budiman. Sahabat ini juga menafikan wujudnya cerita berkenaan skandal ini.

Penulis yakin, para kenalan tidak berbohong.

Sekian lama mengikuti perkembangan Dr. Rani, penulis amat yakin, ini adalah cara beliau "menjual" imejnya. Konsep "masuk bakul angkat sendiri" , dan cuba menggambarkan dirinya hebat telah lama menjadi strategi politiknya. Jika dianalisa, tidak mustahil bahawa Dr. Rani cuba menggambarkan dirinya seorang yang alim, dan Allah menurunkan bala gara-gara fitnah berkenaan. Kononnya, dirinya dirahmati Allah lah tu!

Persoalannya, isu berkenaan tidak pernah timbul di DUN Meru!

Permainan politik sebegini sebenarnya cukup menjijikkan. Kesusahan dan kepayahan rakyat yang sedang diuji oleh Allah, digunakan sebagai alasan untuk meraih sokongan politik!

Tetapi itulah Dr. Rani, si "opportunist" tanpa etika yang selalu meletakkan dirinya sendiri di tempat yang kononnya terpuji. Mungkin ada di antara anda yang pernah terbaca satu wawancara beliau di sebuah portal pro pembangkang pada awal dirinya dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Meru. Betapa mualnya membaca wawancara berkenaan, masih lagi berlegar-legar di esofagus penulis.

Politik jijik dan keji, itulah corak berpolitik Pesuruhjaya PAS Selangor. Agama dijadikan landasan untuk martabatkan parti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads