ads

Ahad, 7 April 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU13 : Keputusan sukar <b>di Teluk</b> Kemang <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2013 08:10 PM PDT

Keputusan sukar: Siapa yang terbaik boleh membaiki gurun ini? — Gambar oleh Saw Siow FengPilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia baru. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung untuk menjadi pertempuran hangat oleh sebab dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

PORT DICKSON, 27 Mac — Dikala rakyat Malaysia tercungap-cungap menantikan perdana menteri mengumumkan senarai calon akhirnya dan mengadakan pilihan raya, penduduk Teluk Kemang lain pula ceritanya.
Tidak seperti kawasan lain dimana penduduk lebih kurang tahu siapa bakal calon mereka, tetapi di kawasan ini, ianya masih lagi menjadi tanda tanya.
Di pihak Barisan Nasional (BN) kelihatan terdapat tiga calon berpotensi.
Pertama, bekas ahli parlimen Teluk Kemang yang menetap di Port Dickson, Datuk S Sothinathan — tewas pada Pilihan Raya 2008 kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas dari PKR. Walaupun tewas, Sothinathan terus berkhidmat di kawasan tersebut sepanjang lima tahun lalu.
Apabila bertemu semasa wawancara di Port Dickson, Sothinathan mengatakan: "Saya tidak pernah menutup pejabat walaupun selepas kalah kerana saya mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat.
"Menang atau kalah adalah sebahagian daripada permainan tetapi saya percaya dengan menetap di sini menyebabkan saya mendapatkan sokongan daripada rakyat, Anda perlu melakukan pengorbanan untuk mempunyai kelebihan berbanding orang lain."
Beliau yang juga seorang peguam mula dikenali apabila digantung daripada bercakap di Parlimen kerana menentang percubaan kerajaan untuk tidak mengiktiraf ijazah dari Ukraine Crimea State Medical University di mana ramai pelajar India sedang belajar.

Disebalik rekod perkhidmatan dan popular dikalangan masyarakat India, laporan media mencadangkan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel sebaliknya akan meletakkan sekutunya dan setiausaha agung parti Datuk S Murugesan untuk bertanding di kerusi tradisi parti itu.
Dalam wawancara melalui telefon, Murugesan yang kalah tpada 2008 apabila beliau bertanding di kerusi parlimen Subang enggan memberikan komen tentang kemungkinan beliau dicalonkan di Teluk Kemang. Walau bagaimanapun, beliau pernah dipetik berkata "belum turun ke padang" di kawasan itu kerana masih belum dijadikan calon.
Oleh kerana pergeseran dalam parti, Sothinathan mengatakan beliau mengharapkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memilihnya sebagai calon walaupun MIC mungkin tidak bersetuju.
Isa Abdul Samad telah bertemu rakyat luas di luar kawasan Parlimennya.Jadi, keputusan akhir tentang siapa BN bakal pilih di Teluk Kemang masih lagi misteri dengan sumber dalaman menjangkakan Najib akan memilih bekas menteri besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk merampas semula kerusi parlimen tersebut dari PKR.
Kemungkinan ini tidak boleh ditolak selepas tinjauan di Chuah, Lukut, Port Dickson dan Linggi, keempat-empat kerusi DUN bersama Bagan Pinang membentuk kerusi parlimen Teluk Kemang, menunjukkan pengerusi FELDA yang satu ketika pernah digantung oleh Umno kerana politik wang telah mula mengadakan majlis bertemu rakyat di luar kawasan Bagan Pinang.
Sothinathan telah bekerja keras walaupun kekalahan pada tahun 2008 oleh Kamarul Baharin dari PKR.Isa adalah pilihan popular di Teluk Kemang terutamanya di kalangan masyarakat Melayu yang mengenang jasanya bekas menteri besar itu kerana membawa pembangunan di kawasan tersebut. Salah satu sebab mengapa Sothinathan mungkin kalah pada 2008 adalah undi protes dari Umno kerana tidak meletakkan Isa sebagai calon.
Seorang penduduk Port Dickson memberitahu kami Isa telah menganjurkan banyak acara sejak beberapa minggu kebelakangan ini dimana ramai hadir dan beratur panjang untuk pemberian tunai.
Mengenai siapa yang bakal diletakkan oleh pembangkang, jawapannya juga tidak mudah. Menurut penduduk yang ditemui, Datuk Kamarul Baharin jarang dilihat di kawasan ini. Ramai yang tidak mengetahui namanya apabila mengecam wajahnya.
Dalam wawancara bersama Kamarul, beliau mengatakan: "Sukar untuk melakukan banyak perkara kerana Negeri Sembilan bukanlah negeri Pakatan. Kerajaan negeri mengawal peruntukkan dan projek jika kita hantar kertas cadangan selalunya tidak diluluskan."
Jika sekutu rapat dan bekas rakan sekelas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dipilih menjadi calon sekali lagi, jalan sukar bakal ditempuhi untuk menang seperti semasa Tsunami politik 2008.
Walau bagaimanapun, PKR mungkin meletakkan jeneral bersara untuk memenangi 8,000 undi tentera di Teluk Kemang, kumpulan yang tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada 2008. Dengan markas operasi utama yang terletak tidak jauh dari kem tentera, PKR kelihatan mempunyai strategi baik untuk memenangi hati tentera di Teluk Kemang.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini PKR secara aktif merekrut bekas pemimpin tertinggi tentera. Ianya termasuk Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dari Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Md Hashim Hussein yang juga bekas rakan sekelas Anwar di MCKK.
Abdul Hadi secara khususnya telah berceramah di Teluk Kemang sebagai percubaan PKR untuk mendidik dan membangkitkan kesedaran di kalangan tentera. Beliau berkemungkinan besar menjadi calon.
Dengan pelbagai parti dan calon mahu menang di kerusi ini, persoalan yang timbul adalah — apa yang penduduk seramai 70,000 orang di Teluk Kemang mahukan?
Tempat letaknya Port Dickson pantai yang sibuk dalam tahun 80an dan 90an, sering dipaparkan dalam karangan kanak-kanak sekolah menerangkan bagaimana mereka menghabiskan cuti, hari ini, ianya tidak lagi seperti dulu.
Apabila ditanya mengapa kawasan tumpuan pelancong ini berubah secara drastiknya, ramai penduduk memberitahu kerana kawasan pantai tidak dijaga dengan baik.
Kata Kamarul: "Tidak ada perancangan teliti mengenai pembangunan dan cara untuk menjaganya… Bagaimana PD boleh kekal sebagai destinasi pelancong di mana terdapat loji penapisan minyak di mana-mana di sekeliling dan laut mengandungi pembetungan? Hari ini, bahagian pantai yang ditambak ke laut telah pun diperuntukkan kepada kroni. Malaysia adalah satu-satunya tempat di dunia yang saya tahu di mana laut boleh diswastakan!"
Perkhidmatan fret KTM Seremban-Port Dickson telah dihentikan pada tahun 2009.Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mempunyai perkhidmatan secara terus ke Port Dickson tetapi digantung pada 2009 dan stesen bas baru sukar untuk dilihat bas.
Walau bagaimanapun, penduduk secara umumnya tidak peduli dengan apa yang berlaku kepada kawasan tersebut. Ramai penduduk yang ditemuramah, kecuali ahli perniagaan dan peniaga, tidak mempunyai nostalgia untuk menggembalikan zaman kegemilangan Port Dickson.
Malahan, rungutan terbesar oleh penduduk adalah kesesakan lalu lintas setiap hujung minggu apabila rakyat dari kawasan berhampiran datang untuk bersiar-siar.
Sothinathan tidak berfikir rombakan menyeluruh perlu bagi penduduk. "Pelancongan sahaja tidak dapat mengekalkan ekonomi tempatan. Kami perlu pembangunan baru, industri baru untuk mewujudkan peluang pekerjaan di sini."
Dan ini mungkin dimahukan sebahagian penduduk Melayu lebih tua dan konservatif kerana mereka satu ketika dahulu menentang dan membantah pesta pantai yang berlebihan.
Jem trafik: Penduduk lama Port Dickson benar-benar tidak mahu kembali ke masa dahulu apabila bandar penuhi dengan pelancong.Walau bagaimanapun, penurunan dalam jumlah pelancong telah menyebabkan kepada banyak projek terbengkalai dan pangsapuri tidak berpenghuni. Pada hari biasa umpamanya, kawasan membeli-belah termasuk PD Waterfront lengang.
Di kerusi separuh bandar ini, Melayu membentuk 41.2 peratus daripada pengundi manakala Cina dan India masing-masing 33.8 peratus dan 21.1 peratus. Ramai terdiri daripada kumpulan umur tua oleh kerana Port Dickson adalah penempatan bagi ramai persara.
Penduduk Cina Teluk Kemang, seperti masyarakat Cina tempat lain di negara ini, berkemungkinan besar terus menyokong pembangkang. Satu isu kontroversi di sini adalah masyarakat Cina kehilangan industri penternakan babi Bukit Pelanduk yang merupakan kawasan penternakan babi terbesar di Asia Tenggara Asia pada masa itu, kerana wabak virus Nipah 1999.
Kemarahan masih tinggi terhadap kerajaan BN kerana gagal untuk menyediakan pampasan yang mencukupi kepada petani. Selain itu, kawasan pertanian babi kolektif yang telah ditutup semasa wabak masih belum dibuka semula sedekad kemudian menyebabkan kerugian pendapatan berterusan.
Jadi bagaimana Perdana Menteri akan memilih calonnya?Bagi masyarakat India Teluk Kemang, yang kebanyakannya tinggal di kawasan ladang besar Sime Darby, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri  Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk melancarkan projek perumahan kos rendah besar-besaran untuk pekerja Ladang Tanah Merah boleh menggembalikan sebahagian besar undi.
Tidak kiralah tanah tersebut masih kosong dan tiada apa yang sebenarnya telah dibina. Tidak kiralah projek ini telah dijanjikan sejak dua dekad lalu. Jika BN meletakkan calon yang tepat, ia dapat bergantung sebahgian besar undi India.
Dengan pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi, Teluk Kemang adalah menarik untuk diperhatikan tentang bagaimana calon akan dipilih dan bagaimana pula rakyat akan bertindak balas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved