ads

Selasa, 30 April 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Mawardi Yunus: Kenduri <b>di Sabak Bernam</b>

Posted: 19 Apr 2013 08:08 PM PDT

Assalamualaikum , walaupun banyak dugaan yang berlaku pada minggu sebelum wa beehenti kerja tu ,sempat juga la wa ambil kesempatan tu untuk keluar berfoya-foya bersama-sama rakan sekursus kat wisdec dulu hehehe. Biasalah nak buang masalah jauh-jauh. Kalau dok fikir je memang boleh jadi gila.
Kami membawa diri dengan rombongan ke Sabak Bernam untuk menghadiri kenduri kakak kepada sahabat kami. Huh memang berpeluh jugak la dalam kereta, jauh tu memang agak jauh jugak lah, rasanya dekat 3 jam perjalanan. 
Sampai je sana orang dah siap-siap kemas khemah dah hehehehe. Nasib baik ada je lauk yang diorang simpan khas untuk kami agagaggaga(khas ke huhu) apapon Alhamdulillah boleh makan. Yang penting dapat berjumpa kembali geng-geng kami. Yela dah hampir 3 bulan berpisah kan. (errkkk rasa macam lama sangat dah). Alhamdulillah makanan pun sedap. siap dapat makan kek pengantin lagitu. Best
Ha kalau tak bergambar dengan pengantin memang tak sah la kan. itu dah perkara wajib kalau pergi ke kenduri orang kahwin. Kami apelagi, dengan kesengetan dan kesengalan kami. ha macam ni la jadinya, huruhara rumah tu. heheheh. 
Lepas ke rumah pengantin kami terus ke rumah tumpangan dekat area-area situ jugak. Plan kami untuk stay sana untuk malam ni, sebab kalau nak balik hari agak letih. Lagipon dah malam. Dan yang penting esok ada la lagi planning kami nak meronda-ronda. Alang-alang datang dari jauh.
Lepas check in, mandi,solat dan bersiap-siap untuk keluar jalan-jalan. Sampai ke teluk intan kami pergi huhu. Sempat jugaklah singgah di funfair kat situ. walaupon suram je keadaan dia tapi satu port kedai ni meriah je dengan manusia-manusia main tikam nombor ( erkkk berjudikah??? sah berjudi). Paling terkejut bila kami ada lihat telatah budak kecik (melayu) dalam lingkungan umur 6-8 tahun sedang berjudi sama. errrkk. tapi malang, nombor yang dia tikam tak pernah kena hinggalah duit dia habis. agaggaga. Memang gelak aja la kami bila tengok telatah dia ketika nombor yang ditikam tak kena. Kadang-kadang sedih jugak rasa dalam hati ni. Haish mana la mak bapak dia. Kecik-kecik dah pandai jadi macam tu. Bila dah besar nanti macamana la agaknya. 
Apapon tu satu pengalaman yang mungkin Allah nak dedahkan kat wa tentang kehidupan manusia di luar sana yang wa belum tahu lagi .

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved