ads

Selasa, 30 April 2013

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di tanjung sepat - Google Blog Search


Minggu Antidadah SMK <b>Tanjung Sepat</b>, Kuala Langat

Posted: 11 Apr 2013 10:45 PM PDT


Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus melaksanakan program pencegahan bersama komuniti supaya impaknya lebih besar kepada masyarakat. 
Bagi memastikan visi membanteras masalah penagihan dadah tercapai, AADK telah melaksanakan pelbagai program secara tersusun dan terancang bersama komuniti yang mana akan memberikan impak tinggi kepada masyarakat.
Baru-baru ini bas pameran AADK  telah diundang ke SMK Tanjung Sepat, Kuala Langat sempena Minggu Antidadah pada 14 Mac 2013. Objektif utama pameran ini adalah untuk menyampaikan maklumat dan kesedaran kepada para pelajar sekolah supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjauhi dadah.
Bas pameran telah diletakkan di perkarangan bangunan SMK Tanjung Sepat bagi memudahkan aktiviti pameran dan lawatan pelajar sekolah. Aktiviti pameran bermula jam 9.00 pagi dan pelajar-pelajar telah membuat lawatan secara giliran mengikut kelas. 
Diharapkan dengan pameran seperti ini para pelajar di peringkat sekolah mendapat pemahaman tentang kesan dadah terhadap kesihatan di samping meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah.

                            

hidup ini terlalu indah untuk disiakan...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved