Isnin, 22 April 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Ummi Hafilda tak tercalon <b>di Gombak</b>.. Kalahlah BN kalau macam ni...

Posted: 16 Apr 2013 01:54 AM PDT


Sebelum itu.. ini ada satu pengumuman khas buat seluruh Penyokong Pakatan Rakyat di Pulau Pinang..

Datuk Seri Shariff Omar mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga mantan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor menjemput semua penyokong Pakatan Rakyat ke rumahnya di Pokok Machang, Tasek Gelugor malam ini jam 9.00..

Kerana beliau akan mengumumkan sesuatu malam ini selaras dengan pembentangan nama-nama calon oleh Najib hari ini..

Datanglah beramai-ramai dan jangan lupa bawa camera dan juga videocam... he..he..he..

Nampaknya UMNO/BN bakal berdepan dengan kekalahan di Kerusi Parlimen Gombak kerana individu yang meyakini dirinya akan menang besar di kawasan Parlimen tersebut tidak disenaraikan sebagai calon oleh Najib.

Beberapa hari lalu.. The Malaysian Insider melaporkan.. Ummi Hafilda Ali yakin akan menang besar jika diletakkan melawan abangnya Mohamed Azmin Ali di kerusi parlimen Gombak dalam pilihan raya 5 Mei akan datang.

"Tiada siapa yang mengenalinya lebih dari adik beradik dan keluarga jadi dengan pengetahuan kami tentang beliau, saya yakin mampu mengalahkannya jika Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk meletakkan saya sebagai calon untuk melawan Azmin," katanya.

Ummi Hafilda yang terkenal kerana peranannya sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 telah berkempen secara aktif melawan Anwar, Azmin dan PKR.

Azmin adalah abang beliau yang merupakan Timbalan Presiden PKR, penyandang ahli parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa ~ The Malaysian Insider

Berikut adalah senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) negeri Selangor yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini yang nama Ummi Hafilda langsung tak kelihatan..

PARLIMEN:
1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)
 2. Pandan - Garry Lim Chin Yee (MCA)
3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon (MCA) 4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA)
5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah (MCA)
6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling (MCA)
7. Klang - Datuk Teh Kim Poo (MCA)
8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan (MIC) - Penyandang
9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) - muka baharu
10. Gombak - Datuk Dr. Rahman Ismail (UMNO)
11. Ampang - Dr. Rozaidah Talib
12. Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) - muka baharu
13. Puchong - A. Kohilan Pillay (Gerakan) - muka baharu
14. Subang - A. Prakash Rao (MIC) - muka baharu
15. Shah Alam - Zulkifli Noordin (rakan BN)
16. Kapar - Saktivel Alagappan (MIC)
17. Kota Raja - Murugesan Sinnandavar (MIC)
18. Kuala Langat - Sharuddin Omar (UMNO) - muka baharu
19. Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) - muka baharu
20. Tanjong Karang - Datuk Seri Noh Omar (UMNO) - penyandang
21. Sepang - Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) - penyandang
22. Sungai Besar - Datuk Noriah Kasnon (UMNO) - Penyandang

DEWAN UNDANGAN NEGERI:
1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (Gerakan) - muka baharu
2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (Gerakan) - muka baharu
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan) - muka baharu
4. Kinrara - Wong Hock Aun (MCA)
5. Gombak Setia - Said Anuar Said Ahmad (UMNO)
6. Kota Anggerik - Mohd. Yusof Din (UMNO) - muka baharu
7. Batu Tiga - Ahmad Nawawi M. Zin
8. Seri Andalas - T. Mohan (MIC)
9. Selat Klang - Faisal Yahya (UMNO) muka baharu
10. Chempaka - Muhammad Faizal Sufar (UMNO) - muka baharu
11. Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA) - muka baharu
12. Seri Kembangan - Chin Toong Kang (MCA)
13. Sungai Pinang - Lee Siew Chee (MCA) - muka baharu
14. Taman Medan - AB Wahab Ibrahim (UMNO) muka baharu
15. Sekinchan - Kek Seng Hooi (MCA) - muka baharu
16. Bukit Melawati - Jakiran Jacomah (UMNO) - muka baharu
17. Rawang - Lee Li Yew ( MCA)
18. Batu Caves - Rawisandran Narayanan (MIC)
19. Hulu Kelang - Abdul Rahim Pandak Kamarudin (UMNO)
20. Bukit Antarabangsa - Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) - muka baharu
21. Lembah Jaya - Baderisham Jolly (UMNO) - muka baharu
22. Kajang - Lee Ban Seng (MCA)
23. Bangi - Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria (UMNO) - muka baharu
24. Balakong - Lai Kwong Choy (MCA) - muka baharu
25. Subang Jaya - Gan Meng Foo (UMNO)
26. Seri Setia - Tengku Rethwan Tengku Mansor (UMNO) - muka baharu
27. Kampung Tunku - Chong Seng Foo (MCA)
28. Damansara Utama - Lim Choon Kin (MCA)
29. Kota Damansara - Halimaton Saadiah Bohan (UMNO) - muka baharu
30. Meru - Sukaiman Ahmad (UMNO) - muka baharu
31. Pelabuhan Klang - Nasarruddin M.Zin (UMNO) - muka baharu
32. Kota Alam Shah - Datuk Maglin De Cruz (PPP)
33. Sri Muda - Mohd. Abdul Raof Mokhtar (UMNO) - mula baharu
34. Sijangkang - Zurihan Yusop ( UMNO) - muka baharu
35. Teluk Datuk - Tan Cheng Chai (MCA)
36. Sungai Panjang - Budiman Mohd. Zohdi (UMNO) - Muka baharu
37. Sungai Air Tawar - Kamarol Zaki Abdul Malik (UMNO) - muka baharu
38. Sabak - Abdul Halim Udin (UMNO)- muka baharu
39. Hulu Bernam - Rosni Sohar (UMNO) - muka baharu
40. Kuala Kubu Bharu - Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (MCA) - muka baharu
41. Batang Kali - Mat Nadzari Ahmad Dahlan (UMNO) muka baharu
42. Sungai Burong - Datuk Mohd. Samsudin Lias (UMNO) - penyandang
43. Permatang - Sulaiman Abdul Razak (UMNO) - penyandang
44. Jeram - Datuk Amirudin Setro (UMNO) - penyandang
45. Kuang - Abdul Shukor Idrus (UMNO) - penyandang
46. Taman Templer - Datuk Subahan Kamal (UMNO) - penyandang
47. Dusun Tua - Ismail Sani (UMNO) - penyandang
48. Semenyih - Johan Abdul Aziz (UMNO) - penyandang
49. Sri Serdang - Mohamad Yusof Mohamed Yasin (UMNO) - muka baharu
50. Paya Jaras - Datuk Ir. Bushro Mat Johor (UMNO) -penyandang
51. Sementa - Md Ghazali Md Amin (UMNO) - tukar kawasan dari DUN Meru
52. Morib - Hasiman Sidom (UMNO) - penyandang
53. Tanjung Sepat - Nisman Yusof (UMNO) - muka baharu
54. Dengkil - Shahrum Mohd. Sharif (UMNO) - muka baharu
55. Sungai Pelek - Ng Chok Sin (MCA) - muka baharu
56. Ijok - K.R. Parthiban (MIC)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads