Khamis, 18 April 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Semua Kaum Tolak Zul Nordin <b>Di Shah Alam</b>

Posted: 17 Apr 2013 06:02 PM PDT


Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.

Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.

"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.

Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.

"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.

"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.

"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut. -TMI

Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".

"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan 'PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.

"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.

Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.

Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi.


Zul Noordin Bukti Umno-BN Selangor Bankrap Calon

Meletakkan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin mencabar Khalid Samad di Parlimen Shah Alam membuktikan Umno-BN bankrap calon.

Penyandang DUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, Khalid akan mendapat laluan mudah mempertahan kerusi dimenangi pada pilihan raya lalu kerana umum mengetahui Zulkifli bukan pemimpin yang boleh diharapkan bagi membela nasib rakyat.

"Ini membuktikan Umno-BN bankrap. Tiada calon lain. Calon yang lompat macam katak diambil. Ini standard Umno-BN.

"Khalid Samad tak perlu ceramah atau kempen. Jangan takut, boleh menang terus. Orang Melayu, India dan Cina di Shah Alam tak akan sokong Zulkifli Nordin," katanya dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Zulkifli bertanding atas tiket PKR di Parlimen Kulim Bandar Baharu dan menang dengan majoriti 5,583 undi menewaskan calon Umno-BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Namun seleps itu bertindak keluar dari PKR dan menjadi anggota bebas serta mesra Umno-BN.

Dr Xavier menambah, Umno-BN juga menghadapi masalah di peringkat DUN apabila hanya menyenaraikan empat calon lama dengan selebihnya muka baru.

Menurutnya, kenyataan itu terbukti apabila Datuk Seri Najib Razak sendiri mengakui segala kesilapan dilakukan Umno-BN dalam mentadbir negara lebih 56 tahun menerusi risalah yang dihantar ke rumah pengundi dengan kata-kata 'Belajar daripada kesilapan'.

Dr Xavier turut mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 diyakini sebagai paling kotor akan dijalankan di negara ini.

Katanya, perubahan besar yang ingin dibawa Pakatan Rakyat(PR) ialah politik terbuka dan adil yang dikuatkan dengan fakta yang betul untuk dibincangkan serta dibicarakan antara satu sama lain.

Namun, pemimpin Umno-BN sukar menerima perubahan apabila menutup ruang media massa kepada PR biarpun mendakwa negara memiliki semua kemudahan dengan kemajuan membanggakan.

"Takut sungguh Najib dan Umno-BN.

Ini masalah Umno-BN sekarang.

Kita minta debat, dia bagi video lucah," katanya. -selangorku

RBF Online: Sah ! Zul Nordin Tentang Khalid Samad <b>Di Shah Alam</b>

Posted: 15 Apr 2013 08:28 PM PDT

Zulkifli Nordin akan bertanding di bawah tiket BN di Parlimen Shah Alam untuk berentap dengan Khalid Samad.
Manakala untuk dua Dun dalam parlimen berkenaan ditandingi oleh Datuk Nawawi di Dun Batu 3 dan Ustaz Yusof Din di Dun Kota Anggerik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads