ads

Khamis, 18 April 2013

12 di ijok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


HARUS BACA !!!! TAKUT KALAH <b>DI IJOK</b> !!! LARI KE PERLABUHAN <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 03:25 AM PDT

Kegagalan Khalid Ibrahim mempertahankan kepercyaan rakyat Selangor terutama di Kawasan Ijok menyebabkan Khalid Ibrahim tidak merasakan bahawa Ijok adalah kawasan yang slamat untuk dirinya terus bertanding. 
Dengan membuat keputusan untuk masuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (N46) Perlabuhan Klang , Khalid merasakan bahawa dirinya mampu mempertahankan mejoriti 4407 undi kemenangan PKR pada PRU-2008 lalu yang mana kerusi tersebut pada PRU lalu adalah milik Badrul Hisham yang kini telah pun keluar dari parti PKR untuk menyetai UMNO selepas ketidak percayaanya terhadap kepimpinan yang dibawa oleh Khalid Ibrahim selaku MB Selangor.

Kes Saman yang dikenakan terhadap Khalid Ibrahim oleh dua orang pemilik tanah di Ijok kini telah pun difailkan dimahkamah. Dek kerana perihal tersebutlah Khalid terpaksa bertanding di DUN Perlabuhan Klang sekaligus kepercayaan rakyat terhadap Khalid Ibrahim didalam ketelusan pemilikan hak tanah tersebut hilang serta merta kerana khuatir kepada kepimpinan tertinggi kerajaan Negeri Selangor sejak Khalid Ibrahim di Lantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Khalid Ibrahim dilihat kini semakin terdesak untuk memastikan dirinya berada didalam keadaan selamat dan zon selamat utk dirinya yang penuh dengan kontroversi rakyat yang senantiasa mendesaknya bagi menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul. Mungkinkah Parlimen Bandar Tun Rzak atau DUN perlabuhan Klang yang akan mengekalkan diri ini semakin diperlukan didalam partinya sendiri. 

Kini jumlah hutang yang terpaksa ditangung oleh kerajaan Negeri Selangor makin bertambah. Kepercayaan rakyat Selangor juga semakin berkurangan terhadap parti yang menjadi tiket Khalid bertanding. Rakyat Selangor seperti sedang mengaruk agar PRU kali ini adalah memihak kepada Barisan Nasional. 

Bagi rakyat Selangor hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu mengekallkan pembangunan yang beterusan jika dibandingkan dengan parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi perlaksanaanya seringkali dipertikaikan dan dipersoalkan oleh seluruh Rakyat Selangor. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved