Rabu, 3 April 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search

BLOG SELANGOR: 12 <b>di teluk datok</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Semua Kaum Rasai Peruntukkan ADUN <b>Teluk Datuk</b>

Posted: 03 Mar 2013 04:38 AM PST

KUALA LANGAT, 3 MAC : Penduduk Melayu, Cina dan India di kawasan Teluk Datuk di sini telah menikmati peruntukan sebanyak RM 500 ribu setahun yang diagihkan secara adil dan saksama oleh Adun mereka sepanjang lima tahun perkhidmatannya.

Setiap tahun kata Adun Teluk Datuk, Philip Tan Choon Swee, beliau membelanjakan RM 100 ribu untuk setiap komuniti di kawasannya. Pebelanjaan itu melibatkan projek memperbaiki rumah dan sumbangan ke rumah ibadat komuniti India dan Cina.

Manakala RM 200 ribu dibelanjakan dalam aktiviti yang melibatkan semua kaum seperti sumbangan ke PIBG dan membeli peralatan murid. Jumlah ini juga digunakan untuk memperbaiki infrastruktur seperti jalan raya dan parit.

Philip memberi penjelasan tersebut sebagai respons kepada bekas Ketua Komuniti India Teluk Datuk, John Paramasivam Veerasamy yang menuduhnya tidak menggunakan peruntukan ADUN untuk kaum India di kawasannya.

"Saya ada 'figure-figure' tunjukkan apa yang dia kata saya 'racist'.

"Selain daripada saya menjaga kaum Cina, saya juga jaga India dan kaum Melayu, saya bukan cakap sahaja," tegasnya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurut Philip, peruntukan RM 100 ribu pada tahun lalu digunakan untuk membaikpulih 20 buah rumah dan surau di empat kampung Melayu tradisional.

"Lebih 20 rumah sudah siap dan ada tujuh rumah lagi yang saya beri bahan dan mereka buat sendiri," katanya lagi.

Manakala majoriti peruntukkan RM 100 ribu untuk kaum India dan Cina disumbangkan ke rumah ibadat dan majlis perayaan kaum-kaum tersebut.

Baru-baru ini, John Paramasivam bersama-sama Kumarayah Ponnayah dan Saravanan Kaliannan telah mengadakan sidang media pada 27 Februari lalu dan menuduh Philip tidak menjaga komuniti India dan Melayu dan hanya mementingkan komuniti Cina sahaja.

Sementara itu, Ketua Komuniti Kaum India Teluk Datuk, Muniandy Manirasu, berkata Philip sentiasa prihatin terhadap rakyat di kawasannya dan menafikan dakwaan bahawa kaum India di kawasan itu dianaktirikan.

"YB telah membelanjakan ratusan ribu sejak lima tahun ini untuk kaum India dan tuduhan yang dibuat oleh John Paramasivam adalah sangat tidak berasas," katanya ketika ditemui.

Ahli Majlis Zon 19 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Yap Lai Keng, pula menyatakan Philip seorang Adun yang bertanggungjawab kerana sentiasa turut serta dalam setiap program yang dianjurkannya.

Pendapat Anda

Pendapat

Adun <b>Teluk Datuk</b> Bantu Mangsa Rumah Terbakar

Posted: 05 Feb 2013 01:41 AM PST

TELUK DATUK 5 JAN : Tiga buah keluarga yang menjadi mangsa kejadian rumah terbakar di Kampung Sungai Cheeding di sini masing-masing menerima sumbangan kilat berjumlah RM1,000 setiap keluarga daripada Adun Teluk Datok, Philip Tan pagi semalam.

Kebakaran awal pagi semalam memusnahkan dua buah rumah sewa di Lot 6694 Jalan Enggang.

Sehubungan itu, Philip Tan yang melakukan tinjauan di lokasi kejadian kira-kira 10 pagi semalam bertindak menyalurkan bantuan kewangan segera untuk setiap keluarga yang terlibat.

"Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda, malah lebih malang ada antara mereka kehilangan punca rezeki kerana semua terbakar.

"Sejam selepas lawatan, saya bawa mereka ke pejabat untuk mengambil sumbangan wang. Saya harap wang tersebut dapat sedikit sebanyak meringankan beban mangsa," ujar Philip.

Mereka yang menerima sumbangan ialah Normahzurah Mohammad dan Tukmia Ahmad yang merupakan penyewa kedua-dua rumah tersebut.

Turut menerima sumbangan ialah tuan rumah tersebut iaitu Mohamad Hanif Samani.

"Beliau tidak mempunyai pendapatan lain selain rumah sewa tersebut, maka saya percaya beliau juga layak menerima bantuan kewangan," jelas Philip.

Tambah beliau, kesemua mangsa kini menumpang buat sementara di rumah saudara mara.

Selain bantuan kewangan, Philip turut menyalurkan bantuan lain seperti selimut, bantal dan tikar.

Pendapat Anda

Pendapat

BLOG SELANGOR: 12 <b>di teluk datok</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Feb 2013 11:26 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads