Rabu, 3 April 2013

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 07:35 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ibu Tunggal Pula Terima Program Jom Shopping E-bu Tunggal <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2013 09:04 PM PST

Alam Jaya, 2 Mac : Tema yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, 226551_442455552497464_1702124423_niaitu "Hasil Negeri Untuk Rakyat", bukan hanya tema kosong semata-mata tetapi telah dibuktikan dengan pelbagai program yang dapat dirasai sendiri oleh rakyat di negeri Selangor, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Jika sebelum ini rakyat di Negeri Selangor telah diperkenalkan dengan pelbagai program melalui Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), hadiah anak masuk Universiti, pemberian 20 meter padu air secara percuma, Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS), Jom Shopping dan Jom Shopping Bonus dan sebagainya, adalah merupakan satu bukti yang menunjukkan bahawa Kerajaan Selangor memang berhasrat untuk membantu rakyat di negeri ini, kata Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang itu lagi.577398_442456379164048_1794867240_n

Program berkenaan tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan katanya, kali ini pihak Kerajaan sekali lagi telah menganjurkan program Jom Shopping bagi Ibu Tunggal yang berusia 59 tahun kebawah bagi membantu mereka mengurangkan beban yang sedang ditanggung oleh mereka, akibat daripada kematian suami ataupun berpisah dengan bekas suami masing-masing.

Sama sebagaimana program-program Jom Shopping yang diperkenalkan sebelum ini, program Jom Shopping E-bu Tunggal, peserta yang menyertai program ini diberikan baucer sebanyak RM100 untuk membeli-belah di pasaraya-pasaraya terpilih, manakala para pesertanya adalah dikalangan Ibu Tunggal yang 479757_442459162497103_927167688_nberusia 59 tahun kebawah, katanya.

Untuk Jom Shopping SMUE pesertanya adalah dikalangan warga emas samaada lelaki ataupun wanita yang berusia 60 tahun keatas dan telah mendaftar melalui SMUE. Manakala Jom Shopping Bonus pula adalah khususkan bagi anak-anak kelahiran Selangor yang telah didaftarkan melalui Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), katanya lagi.

Bagi DUN Sungai Burong, ini adalah merupakan kali pertama program ini diadakan dan telah membawa seramai 100 orang ibu tunggal bagi menyertai program pada kali ini. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini, dapat membantu mereka menyara anak-anak yang mereka tanggung selama ini, katanya lagi.

BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai burong</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 07:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Umat Islam Wajib Mempertahankan Gaza « PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 24 Dec 2012 11:17 AM PST

Batu 10, 24 Dis    :    Umat Islam wajib untuk mempertahankan bumi Gaza yang terletak di Palestin daripada  zionis Israel, kerana 12056_550589638302381_908841152_ndisana terletaknya masjid yang menjadi kiblat pertama Umat Islam, iaitu Masjid al Aqsa, dan merupakan bumi para Nabi, Kata Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia (YAM), Haji Jamuliddin Elias.

Umat Islam, katanya, wajib menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat Palestin yang telah  ditindas dan dizalimi oleh golongan Israel sejak sekian lama tanpa belas kasihan, katanya lagi yang juga merupakan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Beliau yang pernah ditahan oleh zionis Israel semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2010, turut menceritakan pengalaman sewaktu ditahan oleh tentera Israel di dalam Kapal Marvi Marmara yang mengakibatkat seramai  12 orang telah syahid akibat daripada bedilan regim zionis tersebut dan seramai 30 orang lebih telah cedera parah. Manakala kapal yang mereka naiki telah ditawan oleh tentera zionis Israel.20121224_221031

Menurutnya sewaktu dikepung oleh tentera Israel, Allah tidak memberikan kegentaran pun dalam diri mereka. Mereka tidak panik. Semua menjaga posisi masing-masing sebagaimana yang telah dilatih. Kemudian bergerak kemas mempertahankan kapal daripada Israel.

"Sewaktu helikopter pertama datang dan menyuluh spotlight dari atas. Dua komando turun. Relawan Turki dengan berani telah menangkap komando yang pertama, membuang senjatanya. Tidak berniat bergaduh. Tetapi apabila komando kedua turun, dia mula menembak dengan peluru hidup. Itulah mulanya syahid yang pertama di atas kapal. Tetapi tetap mereka tidak takut kerana mereka memang telah bersedia untuk syahid" katanya lagi

20121224_222201Sementara itu Bendahari Muslim Care, Haji Zulkifli Wahijan, pula berkata, Sepanjang pengalamannya terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah Negara khususnya Gaza, Tentera Zionis bukanlah merupakan tentera yang berani, berbanding tentera Islam.

Berdasarkan video yang ditayang, katanya, jelas menunjukkan mereka akan lari bila berhadapan dengan tentera Hamas, walaupun tentera Hamas hanya menggunakan baju sebagai senjata untuk mempertahankan diri berbanding mereka yang dilengkapi dengan senjata yang canggih dan moden.

Beliau juga menyeru supaya Umat Islam dapat mengamati hadith Nabi Muhammad S.A.W yang pernah bersabda "Konstantinopel akan ditawan oleh seorang raja, raja yang menakluknya adalah sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera adalah tenteranya dan sebaik-baik rakyat adalah rakyatnya"

Inilah tentera-tentera yang sedang berjuang dibumi Gaza, kerana untuk menjadi tentera Hamas ianya memerlukan syarat yang ketat antaranya mereka tidak boleh meninggalkan solat lima waktu, menghafal al-Quran dan 20121224_223024sebagainya, inilah kekuatan yang ada sebagai seorang tentera Islam yang sedang berjuang dibumi Gaza untuk menentang Israel, katanya lagi

Mereka berkata demikian sewaktu menjadi Ahli Panel Forum Untukmu Gaza yang diadakan di Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 Tanjong Karang yang dianjurkan oleh Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zon ID Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1D, Sharan Mohd Salleh dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dan dipengerusikan oleh Imam Masjid berkenaan Ustaz Haji Mat Hasbollah Sudin.

Forum yang diadakan untuk mengutip kepada YAM untuk dibawa ke Gaza telah Berjaya mengutip sebanyak RM7,758.00 dan telah diserahkan oleh Nazir Masjid Jamiul Hasanah, Ustaz Safwan Nayan kepada Haji Jamuliddin Elias.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads