ads

Khamis, 2 Mei 2013

12 di kelana jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


BERSAMA MAZIDUL: PELACURAN TIANG <b>DI PETALING JAYA</b>

Posted: 20 Feb 2013 10:32 PM PST

Jika diperhatikan, banyak tiang telefon dan elektrik juga pokok, kini menjadi mangsa kepada pengiklanan haram. 
Pelbagai perkhidmatan ditawarkan namun menggunakan ruang iklan tidak sah sekaligus melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Lihat tiang lampu trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor ini.
Iklan haram ditampal secara semberono tanpa mempedulikan keselesaan masyarakat memandang.
Saya difahamkan, penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, berulang kali menanggalkan iklan terbabit tetapi kemudian ditampal dan diikatkan semula ke tiang.
Syarikat menjual kereta pula tidak terkecuali menggantung iklan di dahan pokok.
Kenderaan dijual berharga puluhan ribu ringgit tetapi masih ingin menggunakan kaedah pengiklanan haram kerana percuma.
[ Klik di sini untuk 'Makan Free' ] 
"Penggantung iklan datang menaiki lori pada siang hari kemudian menggunakan tangga untuk menampal iklan di tiang. Sebilangan mereka turut membuang papan iklan syarikat lain dan meletakkan iklan mereka di tempat paling tinggi sekali," lapor pengawal keselamatan.
Ternyata kini semakin banyak tiang dilacurkan.
Kepada penguatkuasa MBPJ bertanggungjawab, mohon tanggalkan semua iklan haram terbabit.
Saya telah membuat aduan melalui pesanan ringkas kepada pihak berkuasa tempatan itu pada jam 2.28 petang tadi.
Jangan iklan haram sampai ke puncak ...
Bimbang, nanti masyarakat setempat melihat kakitangan MBPJ tidak menjalankan tugas sepatutnya.
Usah menjadi seperti ADUN Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim, hanya mendiamkan diri, 5 soalan penting masih belum dijawab lagi, klik di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved