ads

Rabu, 1 Mei 2013

12 di teluk datok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di teluk datok - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di teluk datok</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2013 11:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Semua Kaum Rasai Peruntukkan ADUN <b>Teluk Datuk</b>

Posted: 03 Mar 2013 04:38 AM PST

KUALA LANGAT, 3 MAC : Penduduk Melayu, Cina dan India di kawasan Teluk Datuk di sini telah menikmati peruntukan sebanyak RM 500 ribu setahun yang diagihkan secara adil dan saksama oleh Adun mereka sepanjang lima tahun perkhidmatannya.

Setiap tahun kata Adun Teluk Datuk, Philip Tan Choon Swee, beliau membelanjakan RM 100 ribu untuk setiap komuniti di kawasannya. Pebelanjaan itu melibatkan projek memperbaiki rumah dan sumbangan ke rumah ibadat komuniti India dan Cina.

Manakala RM 200 ribu dibelanjakan dalam aktiviti yang melibatkan semua kaum seperti sumbangan ke PIBG dan membeli peralatan murid. Jumlah ini juga digunakan untuk memperbaiki infrastruktur seperti jalan raya dan parit.

Philip memberi penjelasan tersebut sebagai respons kepada bekas Ketua Komuniti India Teluk Datuk, John Paramasivam Veerasamy yang menuduhnya tidak menggunakan peruntukan ADUN untuk kaum India di kawasannya.

"Saya ada 'figure-figure' tunjukkan apa yang dia kata saya 'racist'.

"Selain daripada saya menjaga kaum Cina, saya juga jaga India dan kaum Melayu, saya bukan cakap sahaja," tegasnya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Menurut Philip, peruntukan RM 100 ribu pada tahun lalu digunakan untuk membaikpulih 20 buah rumah dan surau di empat kampung Melayu tradisional.

"Lebih 20 rumah sudah siap dan ada tujuh rumah lagi yang saya beri bahan dan mereka buat sendiri," katanya lagi.

Manakala majoriti peruntukkan RM 100 ribu untuk kaum India dan Cina disumbangkan ke rumah ibadat dan majlis perayaan kaum-kaum tersebut.

Baru-baru ini, John Paramasivam bersama-sama Kumarayah Ponnayah dan Saravanan Kaliannan telah mengadakan sidang media pada 27 Februari lalu dan menuduh Philip tidak menjaga komuniti India dan Melayu dan hanya mementingkan komuniti Cina sahaja.

Sementara itu, Ketua Komuniti Kaum India Teluk Datuk, Muniandy Manirasu, berkata Philip sentiasa prihatin terhadap rakyat di kawasannya dan menafikan dakwaan bahawa kaum India di kawasan itu dianaktirikan.

"YB telah membelanjakan ratusan ribu sejak lima tahun ini untuk kaum India dan tuduhan yang dibuat oleh John Paramasivam adalah sangat tidak berasas," katanya ketika ditemui.

Ahli Majlis Zon 19 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Yap Lai Keng, pula menyatakan Philip seorang Adun yang bertanggungjawab kerana sentiasa turut serta dalam setiap program yang dianjurkannya.

Pendapat Anda

Pendapat

Penduduk <b>Teluk Datok</b> menolak PR sebulat suara | The Kuala <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 10:35 PM PST


Philip-Tan.Saya John Paramesivam dari Taman Seri dan menggundi di dun Telok Datok.Saya telah menghuni di Kuala Langat,kawasan dun Telok Datok.sejak lahir hamper 55 tahun.Saya memilih Pakatan Rakyat sejak tahun 1998 dalam parti KEADILAN.

Sekarang saya adalah Ketua Komuniti Kaum India sejak 2010,satu jawatan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor YB Philip Tan pada PRU 12.Tanggungjawab saya adalah untuk perkenalkan polisi-polisi yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Dun Telok Datok dan membawa masalah-masalah Rakyat Dun Telok Datok kepada pengetahuan pimpinan Dun dan Negeri.

Kami telah menemukan Philip Tan kepada seluruh pengundi kaum India di kawasan Dun Telok Datok yang hamper 10,000 orang.Kami telah bekerja tungkus lumus untuk menangkan beliau pada PRU 12.

Walaupun sedemikian,Kami, hari ini membantah sekeras-kerasnya kalau beliau YB Philip Tan di calonkan semula pada PRU 13 ini kerana Kaum india tidak di hormati oleh beliau langsung.Kita tidak mendapat layanan khas langsung,Ada kalanya beliau akan halau kawan-kawan dari KEADILAN dengan mengatakan saya daripada parti DAP,saya ada orang untuk jaga orang kaum India.

Beliau juga tidak menghormati perayaan kaum India. – John Paramesivam


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved