Khamis, 6 Jun 2013

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Bot Ekspres Karam <b>Di Jeram</b> Berbahaya | Merdeka Online

Posted: 28 May 2013 06:31 PM PDT

bot-karam-belaga

MO,KUCHING,29/5/2013 - Lokasi bot ekspres dipercayai membawa lebih 200 penumpang yang karam pada Selasa terkenal kerana mempunyai jeram yang dalam dan berbahaya, kata Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Belaga Liwan Lagang.

Beliau berkata terdapat batu besar di dalam sungai itu di Giam Tukok, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan menghilir sungai dari bazar Belaga, dan sehingga malam ini kira-kira 21 penumpang masih hilang.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di Belaga, beliau berkata berdasarkan cerita mangsa yang terselamat, satu daripada batu besar di dalam sungai itu mengakibatkan bot ekspres yang sarat muatan itu menjadi senget dan akhirnya karam.

"Saya diberitahu oleh seorang daripada mangsa yang terselamat bahawa pemandu bot sebelum itu cuba mengelak daripada melanggar sebatang balak yang terapung di sungai dan ketika berbuat demikian, bahagian belakang bot itu terlanggar batu besar itu dan mengakibatkannya gagal dikawal serta menjadi senget," katanya.

Liwan, yang juga Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak, berkata beliau secara kebetulan sedang menaiki helikopter melintasi kawasan itu dari Sungai Asap, Belaga, apabila ternampak bot ekspres itu mula karam.

Beliau kemudian meminta juruterbang untuk mendaratkan helikopter itu di kawasan berdekatan tempat kejadian sebelum mengelolakan penduduk kampung dari dua rumah panjang di kawasan itu untuk menyelamatkan kira-kira 30 penumpang dan pada masa sama ada antara penumpang terbabit berjaya berenang menyelamatkan diri.

Keseluruhannya, polis Belaga mengesahkan 181 penumpang terselamat dalam tragedi itu dan menurut Liwan, antara mereka adalah kanak-kanak.

"Menurut kiraan saya terdapat lebih daripada 10 (kanak-kanak) yang menaiki bot itu memandangkan mereka mengikut keluarga masing-masing untuk cuti Gawai," katanya.

Liwan, yang berada kira-kira tiga jam bersama mangsa yang terselamat, memberitahu Bernama beliau akan bermalam di Belaga dan terus membantu pihak berkuasa yang berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Setakat 8 malam ini, Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau, gagal dihubungi untuk mengesahkan sama ada operasi itu dihentikan malam ini. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads