Khamis, 6 Jun 2013

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


UMNO Online - Calon Parlimen <b>Sijangkang</b>, Orang Muda Yang Ada <b>...</b>

Posted: 02 May 2013 09:07 PM PDT

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Calon Parlimen Sijangkang, Orang Muda Yang Ada Visi Besar Untuk Rakyat

Oleh : Mohd Faizal Mohd Salleh

SEKIJANG, 3 Mei – Tempoh lebih seminggu ini, muka  muka baharu yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sekijang, Johor tidak kekok bertemu dengan pengundi kerana mempunyai pengalaman luas dalam bidang politik.

Anuar Manap, 37, yang diberi kepercayaan bertanding di Parlimen Sekijang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang dan merupakan Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Charles Sturt, Australia, beliau terdorong untuk menyertai politik dan memilih BN kerana mahu meneruskan agenda parti yang sentiasa mahu membantu rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ketika ditemui semasa tinjauan mesra bersama pengundi di Pekan Segamat Baru, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang mencalonkannya di Parlimen Sekijang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi menggantikan penyandang kerusi tersebut, Datuk Baharum Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Sekijang.

"Sebagai calon di kawasan Parlimen Sekijang, saya akan memberi perhatian kepada tiga perkara untuk penduduk di kawasan tersebut iaitu menaiktaraf pembinaan jalan raya di kawasan luar bandar, meningkatkan ekonomi industri, meningkatkan kualiti liputan rangkaian komunikasi, kelajuan dan kualiti jalur lebar ke seluruh kawasan dalam Sekijang serta mengelakkan berlakunya kejadian banjir.

"Selain itu, saya juga akan memperkasa Parlimen Sekijang dalam semua aspek menerusi pengurusan yang desentralisasi, efektif dan efisiensi selari dengan aspirasi gagasan 1 Malaysia,", katanya yang juga Pengerusi Majlis Belia Negeri Johor.

Berita Bertarikh Pada 3 May 2013 12:07 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads