Ahad, 7 Julai 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Agihan bantuan Ramadhan Relief 2013 <b>di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2013 10:10 PM PDT

Alhamdulillah, Pengagihan bantuan Ramadhan Relief kepada 78 penerima manfaat dari Pertubuhan Rangkaian Hati (PITRAH) Relief 2013 dengan kerjasama UNITEN berjalan lancar di Surau Ar-Ridhuan, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi pada 29 Jun 2013 jam 10pagi – 1petang.

Program agihan ini adalah lanjutan dari program VIC yang diadakan sehari sebelumnya. Program ini telah dihadiri oleh 27 orang pelajar UNITEN dan 3 orang pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pn Sharifah Mordiah, Ust Norrizan dan Cik Sarah). Turut hadir juga ke program ini Pengerusi Surau, Ustaz Zeid Akhta, Pn Khatijah (Mak Jah) Pengerusi PITRAH dan Tn Hj Zairulshahfuddin Pengarah Negara IRM.

Program dikendalikan oleh Br Halim, Pengurus Bantuan dan Program IRM.Para pelajar telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan terdiri dari 2 orang. Kumpulan ini telah diperkenalkan kepada 5 org penerima manfaat dan tugas mereka adalah untuk membantu para penerima manfaat ini membawa barang2 tersebut ke rumah mereka.

Para pelajar juga telah membantu menurunkan barang dari lori ke ruang legar surau. Agihan tamat sekitar pukul 12:30tgh dan sesi post-mortem telah dibuat dan dikendalikan oleh Tn Hj Zairul. Rata2 pelajar merasa seronok dan teruja kerana dapat menghulurkan bantuan dan dapat menziarahi rumah para penerima manfaat ini. Suatu pengalaman yang berharga buat mereka. Program tamat 01:00pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads