Ahad, 7 Julai 2013

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Jerebu: 334 buah sekolah <b>di Kuala Langat</b>, Petaling Perdana, Klang <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2013 03:04 AM PDT

SHAH ALAM – Jabatan Pendidikan Selangor mengumumkan penutupan sekolah di dua lagi daerah di negeri ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hampir 300 berkuatkuasa hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim yang mengumumkan perkara itu berkata, dua daerah terbabit ialah Kuala Langat yang melibatkan 71 buah sekolah diikuti Petaling Perdana melibatkan sebanyak 132 buah sekolah di kawasan Shah Alam dan Subang Jaya.

Menurut Mohd. Salleh, bagi daerah Klang, arahan penutupan 131 buah sekolah yang diumumkan semalam masih lagi berkuatkuasa pada hari ini susulan bacaan IPU yang mencatatkan 487 pada pukul 7 pagi ini.

"Arahan itu dibuat bagi mengelakkan masalah jerebu yang melanda memberi kesan buruk kepada kesihatan para pelajar. Malah, dua daerah ini (Kuala Langat dan Petaling Perdana menunjukkan bacaan IPU masing-masing pada 292 dan 289 pagi ini.

"Berdasarkan kepada permohonan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), kita telah maklumkan kepada Kementerian Pendidikan untuk ditutup hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. – KOSMO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads