Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi mahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang juga Adun Sabak.
Bagi mahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk mahad tersebut.
"Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.
"Tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.
"Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.
Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar. ~ TKO
Dapatkan Lebih Maklumat Di
Tiada ulasan:
Catat Ulasan