Selasa, 9 Julai 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Demo LoNie: Selangor Bina Mahad Tahfiz Terbesar <b>Di Sabak Bernam</b>

Posted: 03 Jul 2013 02:45 PM PDT


SHAH ALAM: Mahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.

Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi mahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang juga Adun Sabak.
Bagi mahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk mahad tersebut.
"Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.
"Tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.
"Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.
Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar. ~ TKO

Dapatkan Lebih Maklumat Di
SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads