ads

Selasa, 9 Julai 2013

12 di shah alam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Pesta Gol <b>Di Shah Alam</b> Akhiri Kempen Liga Super Pahang Dan <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2013 10:53 AM PDT

Pahang mengakhiri kempen liga super musim ini dengan noktah kemenangan  selepas  menewaskan PKNS FC 5-4 di Shah Alam.

Seawal minit ke-10, Amirulhadi Zainal memberi gol pertama buat Tok Gajah sebelum R.Gopinathan menambah pada minit ke 21.

PKNS merapatkan kedudukan selepas Patrick Ronaldo menjaringkan gol buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 namun Pahang menambah gol ketiga mereka menerusi sepakan penalti yang berjaya disudahkan Matias Conti sepuluh minit kemudian.

Bersambung babak kedua, Pahang terus berpesta jaringan dengan kali ini gol dijaringkan oleh Faizol Hussien pada minit ke-49 dan jaringan sendiri pertahan PKNS, Ally Imran selang 5 minit kemudian.

Patrick kemudian menambah gol kedua PKNS pada minit ke-70 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-70. Penyerang kebangsaan Liberia itu sekali lagi meledakkan jaringan pada penghujung perlawanan.

Namun begitu, kebangkitan lewat PKNS gagal untuk mengikat Pahang sebaliknya pelawat berjaya mencatat kemenangan 5-4 untuk naik ke tangga ke-5 liga.

"Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan persembahan anak buah saya sepanjang musim ini.

"Kami tiada nama-nama besar namun berbekalkan dengan pemain yang sedia ada, kita tetap mampu memberi saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan lain" kata Dollah Salleh; ketua jurulatih Pahang.

Di kem PKNS, jurulatih Haji Abdulrahman Ibrahim turut berpuashati dengan prestasi pasukannya musim ini walaupun ianya berakhir dengan kekalahan serta sekadar menduduki tangga ke-8 liga.

"Sebenarnya, pencapaian PKNS tahun ini lebih baik berbanding dengan pencapaian yang dicatatkan tahun lepas.

"Kita akan perbaiki lagi pasukan kita selepas ini terutamanya menjelang Piala Malaysia" jelas Abdulrahman.

Mengulas mengenai sasaran di Piala Malaysia, Abdulrahman memberitahu kali ini dia berhasrat untuk membawa PKNS layak ke peringkat suku akhir sekurang-kurangnya.

"2 tahun berturut-turut kita terkandas di peringkat kumpulan jadi tahun ini saya harap kita dapat pecahkan badi tersebut dan layak ke suku akhir".

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved