Rabu, 24 Julai 2013

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


Hannah Yeoh sumbang bantuan kepada masjid, surau <b>di Subang</b> <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 08:05 PM PDT

KELANA JAYA, 20 JULAI:  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan menyampaikan bantuan kepada enam masjid dan 17 surau di sekitar Subang Jaya sempena Ramadhan tahun ini.

Menurut beliau, sumbangan PR itu adalah atas inisiatif untuk mempermudahkan kegiatan ibadah mereka pada bulan yang mulia ini.

"Setiap tahun sempena Ramadhan, saya akan memberi sumbangan kepada masjid dan surau sebagai menghormati hubungan sesama manusia dan membantu memudahkan urusan umat Islam.

"Saya juga berharap ia dapat dimanfaatkan bersama penduduk berhampiran supaya dapat memeriahkan lagi program keagamaan di surau dan masjid  sempena Ramadhan," kata Hannah Yeoh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor selepas menyerahkan sumbangan itu di Pejabatnya, semalam.

Setiap masjid menerima sumbangan bernilai RM2,000 dan surau pula menerima RM1,000 daripada Pejabat Adun DAP Subang Jaya itu.

Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan itu ialah Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen.-Roketkini.com

Kanak-Kanak Maut Lemas Dalam Kereta <b>Di Subang Jaya</b>

Posted: 18 Jul 2013 09:43 PM PDT

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Nawal Iris Samsudin, meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditinggalkan lebih lima jam di dalam kenderaan ibunya di sebuah sekolah di sini, semalam.

Ketika kejadian, ibu mangsa, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan bergegas menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan pada pukul 11 pagi, selepas menghantar adik perempuannya ke Lapangan Terbang Subang.

JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru


Beliau dikatakan tidak menyedari bahawa mangsa sedang tidur di kerusi bahagian belakang kereta kerana kebiasaanya Nawal dihantar ke pusat penjagaan.

Namun sejak dua hari kebelakangan ini, mangsa telah dijaga oleh ibu saudaranya.

Nor Zatusy hanya menyedari bahawa anaknya itu berada di dalam kereta selepas dia kembali semula ke kenderaan itu pada pukul 5.30 petang.

Sewaktu ditemui, mangsa sudah kaku dan mukanya bertukar kebiru-biruan.

Mangsa terus dikejarkan ke klinik, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

ABN News

Selangor : <b>Subang Jaya</b> Jadi Pusat Pengedaran DVD Lucah <b>...</b> - AAKJ

Posted: 20 Jul 2013 02:30 AM PDT

SUBANG JAYA – Tidak serik pernah dikenakan tindakan penguatkuasaan lebih tiga kali sebelum ini, pengusaha premis cakera video digital (DVD) di USJ 14 di sini dikatakan meneruskan kembali perniagaan mereka lebih setahun lalu.

Bagaimanapun, premis tersorok berhampiran kawasan perumahan itu sekali lagi disita selepas diserbu Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan, penjaga premis berusia lewat 40-an dikatakan mengadu sakit kaki dan meminta simpati supaya tindakan tidak diambil.

Namun rayuannya itu tidak mendatangkan sebarang hasil apabila Jabatan Penguatkuasaan merampas 3,119 keping DVD pelbagai tajuk yang dipamerkan di rak termasuk 779 DVD lucah.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, bertindak atas aduan, Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 18 anggota menyerbu premis di USJ 14 itu.

Menurutnya, pengusaha seolah-olah bertindak mencabar pihak berkuasa kerana masih meneruskan operasi perniagaan meski pernah dikenakan tindakan.

Katanya, yang dikesalkan, selain tidak mempunyai lesen perniagaan, pengusaha dengan sewenangnya menjual DVD lucah kepada pelanggan mereka.

"DVD lucah ini disembunyikan di bawah meja dan apabila ada permintaan ia terus ditunjukkan kepada pelanggan untuk membuat pilihan. Harga ditawarkan antara RM10 hingga RM35 mengikut berapa banyak siri yang ada dalam setiap keping," katanya.

Mohd Rasip berkata, pengusaha dikenakan tindakan di bawah UUK 3 Undang-Undang kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada MPSJ.

Pengusaha juga berdepan denda maksimum sebanyak RM1,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads