ads

Sabtu, 17 Ogos 2013

12 di batu caves - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


Wanita Ditemui Maut Dengan Tiga Tikaman <b>Di</b> Taman Sunway, <b>Batu</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2013 10:44 AM PDT

- Monday: 2013-08-05 01:44:22'.

Badariah Hussin

Seorang wanita ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di bilik tidur di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves Gombak, petang semalam.

Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.

Kejadian berlaku di tingkat tiga sebuah unit rumah kedai.

Polis menerima maklumat mengenai kes ini jam 5:10 petang semalam dan segera bergegas ke lokasi.

Mayat mangsa ditemui terlentang di atas lantai di dalam bilik tidurnya dengan kesan tikaman pada tubuh mangsa serta kesan darah di sekitar mayat.

Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk, tiada senjata ditemui dan barang berharga milik mangsa juga tidak hilang.

Badariah yang masih belum berkahwin, berasal dari Lanchang Pahang.

Difahamkan , mangsa pulang ke rumahnya kelmarin setelah beberapa hari bertugas di pusat peranginan berkenaan.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved