Rabu, 18 September 2013

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Puluhan &#39;hantu&#39; muncul <b>di</b> Bukit Gasing, <b>Petaling Jaya</b> | roketkini.com

Posted: 26 Jan 2013 05:47 PM PST

PETALING JAYA, 27 JAN: Satu demi satu bukti wujudnya pengundi hantu di Selangor terbongkar apabila seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak mengenali pengirim surat itu.

Bukti terbaru itu sekaligus mengukuhkan laporan dan aduan orang awam, NGO dan Pakatan Rakyat mengenai ratusan ribu pertambahan pengundi berdaftar yang meragukan.

Dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara yang mengejutkan ialah terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih.

"Kami mahu tanya Najib dan penyelaras BN Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed adakah ini pengundi hantu mereka?

"Dengan pembongkaran itu, BN umpama "menyumbat gol sendiri," katanya kepada media.

Turut hadir pada sidang media itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Kasthuri Patto.

Menurut beliau, pendedahan itu jelas menunjukkan wujudnya motif politik BN.

Apabila ditanya samada insiden itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal, beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor berkata, jika ianya sekadar satu atau dua kesilapan, itu masih boleh diterima.

"Tapi mana mungkin sebanyak 28 kesilapan berlaku serentak? Apabila kita buat semakan dan penelitian, nama itu telah didaftarkan pada 2012 lalu ketika Rang Undang-undang Daftar Pemilih suku pertama dimansuhkan.

"Lagipun pemilik tidak pernah sewakan rumah itu kepada sesiapa dan beliau menetap di situ sudah lebih 30 tahun," jelasnya.

Justeru, beliau mendesak agar SPR mengambil tindakan secara serius apa lagi negara dikejutkan dengan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin yang diberi kad pengenalan di Sabah.

Satu MyKad, dua nombor pengenalan

Kasthuri Patto pula mendedahkan satu kes yang berlaku di Petaling Jaya membabitkan seorang penduduk bernama Jensen, 25, yang mendedahkan kewujudan dua nombor berbeza pada kad pengenalannya.

"Di bawah nombor MyKad beliau satu lagi nombor pengenalan tertera dalam kurungan.

"Apabila disemak, nombor itu adalah milik seorang pengundi yang lahir pada 1961 di Segambut. Bagaimana boleh jadi begini sedangkan pemilik lahir pada 1988. Bagaimana boleh ada dua nombor pengenalan dalam satu MyKad? soal beliau.

Tambahnya, sudah lebih 10 tahun NGO bersama parti oposisi mendesak SPR membersihkan daftar pemilih di Malaysia.

"Pada 2004, kita pernah desak Pengerusi SPR meletakkan jawatan sebab banyak keraguan dalam daftar pemilih, sekarang sudah tahun 2013, masih tak ada perubahan.

"Najib kata nak buat transformasi tapi tak ada apa yang berubah. Adakah ini merupakan satu lagi kes janji tidak ditepati? ujarnya. – Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads