12 di selayang - Google Blog Search |
- KILANG HARAM <b>DI SELAYANG</b> PUNCA SUNGAI TERCEMAR
- SDH akan dibuka <b>di</b> Hospital <b>Selayang</b> | The Malaysian Times
- TV9 - Lelaki Maut Ditembak <b>Di Selayang</b>
KILANG HARAM <b>DI SELAYANG</b> PUNCA SUNGAI TERCEMAR Posted: 30 Aug 2013 11:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan bantuan polis dan pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Selangor pada Sabtu menyerbu sebuah kilang haram di Jalan Batu Arang yang dipercayai menjadi punca Sungai Selangor dicemari tumpahan diesel. Presiden MPS, Mohd Azizi Mohd Zain berkata pihaknya telah mengeluarkan 14 saman kepada syarikat tersebut yang berjumlah RM34,000 atas pelbagai kesalahan. "Pemilik kilang itu melakukan pelbagai aktiviti perindustrian berat di atas lot ini, termasuk mengumpul sisa minyak dan melakukan pemprosesan semula minyak tersebut. "Mereka memunggah sisa minyak itu dari dua pemilik lori yang mengendalikan perniagaan itu," kata Mohd Azizi. Kilang tersebut terletak 500m dari AEON di Rawang, dekat dengan kawasan kediaman mewah di situ. Penduduk-penduduk di kawasan itu sering membuat aduan mengenai bau busuk dari kilang tersebut dan menggesa pihak MPS supaya menutup kilang itu. Namun, kilang itu masih beroperasi. Pegawai MPS berkata kilang itu pada hari ini bukan saja ditutup tetapi disita dengan beberapa anggota penguatkuasa diarahkan untuk berkawal bagi memastikan ia tidak beroperasi lagi. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan telah berkurangan dan pelbagai jabatan - MPS, pejabat tanah Gombak dan JAS - akan diminta untuk menilai kesalahan yang telah dilakukan. Pemilik lot itu tidak dapat dihubungi oleh pihak MPS apabila mereka menyerbu kilang tersebut. |
SDH akan dibuka <b>di</b> Hospital <b>Selayang</b> | The Malaysian Times Posted: 06 Sep 2013 03:17 AM PDT PUTRAJAYA, 6 Sept: Dua lagi Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan dibuka tahun ini iaitu di Hospital Selayang, Selangor dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur. Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen Nor Zanah Jamari berkata pada mulanya, SDH dijangka dibuka di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Sabah serta Hospital Umum Sarawak di Kuching, namun terpaksa ditangguhkan berikutan masalah teknikal. "Ini menunjukkan projek di bawah Hati Nurani yang dinaungi Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendapat maklum balas positif dalam kalangan ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri," katanya kepada pemberita dalam majlis Aidilfitri SDH di Seri Perdana yang turut dihadiri Noorainee di sini hari ini. Katanya SDH yang kini mempunyai lebih 60 orang guru dan kira-kira 22,000 pelajar juga akan dibuka di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, tahun depan. Yayasan Nurul Yaqeen, yang dipengerusikan Noorainee merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang membantu menyediakan pendidikan secara formal dan berstruktur kepada pelajar dan kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di hospital. Hospital yang telah mempunyai kemudahan SDH ialah Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu, Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, Johor dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Sementara itu, seorang murid tahun lima yang pernah belajar di SDH Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Nurul Sofiya Irwan berkata pembelajaran di SDH sama seperti di sekolah harian biasa. "Walaupun saya sakit, namun masih dapat belajar seperti kawan-kawan yang lain dan bila kembali ke sekolah harian pembelajaran saya tidak tercicir," katanya yang menerima rawatan selama empat bulan pada tahun lepas kerana barah otak. — BERNAMA |
TV9 - Lelaki Maut Ditembak <b>Di Selayang</b> Posted: 30 Aug 2013 02:49 AM PDT 30 Aug 2013, 05:49pm by Syuhada Rais Penduduk di Taman Bidara , Selayang dikejutkan dengan bunyi tembakan kira-kira 1 tengahari tadi. Selepas disiasat, seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan di kepala di tepi jalan. Yap Boon Hua, 35 tahun yang berlumuran darah ditemui di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira. Bagaimanapun, Yap disahkan mati akibat pendarahan teruk di kepala sebaik dibawa ke Hospital Selayang. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah memaklumkan siasatan mendapati lelaki itu menembak dirinya sendiri dengan melepaskan dua das tembakan. Sepucuk pistol bersama beberapa butir peluru turut ditemui pasukan forensik. Hasil siasatan, lelaki berkenaan memiliki 7 rekod berkaitan dadah dan dalam pemantauan polis di bawah langkah pencegahan khas. |
You are subscribed to email updates from di selayang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan