Khamis, 14 November 2013

12 di ijok - Google Blog Search

12 di ijok - Google Blog Search


Lampu solar dipasang elak jenayah <b>di</b> DUN <b>Ijok</b> | Selangorkini

Posted: 09 Nov 2013 08:42 PM PST

lampu solar 1Oleh : Lizawati Madfa

KUALA SELANGOR 10 NOV : Penggunaan lampu solar di kawasan kampung di DUN Ijok di sini diharap dapat mengurangkan kebimbangan penduduk terhadap berlakunya kes jenayah terutamanya di waktu malam.

ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad, berkata projek yang mendapat kerjasama daripada syarikat swasta melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu sehingga kini berjaya mendirikan sekurang-kurangnya 20 tiang lampu.

"Kita memilih kawasan-kawasan yang berisiko kemalangan dan kejadian jenayah.Adun Ijok,

"Setakat ini penduduk begitu menyambut baik inisiatif ini dan kita akan teruskan lagi program lampu solar sekiranya ada peruntukan, sama ada melalui CSR syarikat yang sudi atau peruntukan DUN sendiri sekiranya ada," kata Idris.

Kata beliau dengan pemasangan lampu solar itu akan membantu penduduk melaksanakan aktiviti yang mana sebelum ini kawasan itu gelap kerana tiada kemudahan itu.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 300 hadirin di majlis sambutan Rumah Terbuka Deepavali bagi DUN Ijok di sini petang semalam.

Majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya itu turut dihadiri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Adun Sri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar dan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan.

Adun Ijok n Azmin

Idris yang menduduki kerusi DUN Ijok sejak Mei tahun ini turut memberitahu akan memperbanyakkan program-program pendidikan untuk mendidik rakyat.

"Dengan adanya program seperti ini, rakyat akan lebih berilmu dan pastinya ini memberi manfaat kepada pembangunan negeri dan negara di masa hadapan," katanya.

-EZY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads