Khamis, 14 November 2013

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Khairul Azwan menang <b>di</b> bahagian <b>Sabak Bernam</b>

Posted: 22 Oct 2013 09:29 PM PDT

Khairul Azwan menang di bahagian Sabak Bernam

23/10/2013 12:15pm

SABAK BERNAM – Proses pemilihan semula jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Bahagian Sabak Bernam menyaksikan Ketua Pemuda UMN0 Perak, Khairul Azwan Harun menang di bahagian itu.

Khairul Azwan meraih 161 undi, manakala lawannya, bekas Exco Pemuda, Jamawi Jaafar memperoleh 69 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pengerusi Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam, Saharudin Amir Ajil di Bangunan UMNO di sini pada pukul 11.10 pagi ini.

Pemilihan kali kedua di tiga bahagian membabitkan Sabak Bernam di sini, Bachok di Kelantan dan Gelang Patah, Johor itu ekoran kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda Malaysia yang terikat seri 73 undi pada pemilihan peringkat sayap, 12 Oktober lalu.

Sementara itu, Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah turut memilih Khairul Azwan sebagai Naib Ketua Pemuda menerusi undian semula sebentar tadi.

Sumber- KOSMO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads