ads

Khamis, 26 Disember 2013

12 di klang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


Bukan Islam anjur majlis guna nama Allah <b>di Klang</b> | ISMAWeb

Posted: 22 Dec 2013 11:58 PM PST

kristian guna kalimah allah klang
BANGI 23 Dis – Sebuah badan keagamaan bukan Islam telah dikesan menggunakan kalimah Allah dalam penganjuran majlis keagamaan mereka di sebuah hotel di Klang kira-kira jam 1 hingga 6 petang semalam.

Pihak penganjur telah meletakkan kalimah Allah pada latar belakang pentas yang tertera dengan perkataan International Full Gospel Fellowship Keluarga Allah Satelit Nilai dan Satelit Puchong, 'Dari dalam gelap akan terbit terang' dalam sebuah dewan di hotel berkenaan.

Menurut laporan akhbar Utusan, majlis keagamaan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 orang dan difahamkan majlis tersebut diselitkan dengan nyanyian-nyanyian berunsurkan memuji agama bukan Islam termasuk menyebut kalimah Allah di dalam liriknya.

Berdasarkan tinjauan ke atas hotel tersebut, mendapati pihak penganjur telah meletakkan notis berbeza di luar dewan yang tertera sebagai satu sambutan perayaan anjuran sebuah pertubuhan agama yang mewakili masyarakat bukan Islam di Selangor dan Nilai.

Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi negeri Selangor adalah dilarang selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved