Khamis, 26 Disember 2013

12 di meru - Google Blog Search

12 di meru - Google Blog Search


"Hadir Dalam Sebuah Majlis Anjuran Sebuah Pertubuhan Agama <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2013 10:58 PM PST


Tak salah berucap di rostrum ada lambang salib, kata Dr Rani

[fmt]- Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman berkata tak salah berucap di rostrum yang ada lambang salib.

Beliau yang mempertahankan tindakannya hadir dalam sebuah majlis anjuran sebuah pertubuhan agama Kristian di Meru malam tadi mengakui pihaknya menyedari rostrum yang disediakan ketika berucap dalam majlis itu mempunyai lambang salib namun perkara itu bukan satu isu besar.

Sebaliknya Abdul Rani yang juga ADUN Meru menjelaskan, majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 penganut Kristian itu adalah melibatkan pemberian bantuan dan bukannya upacara keagamaan bukan Islam.

"Saya rasa tidak ada masalah (hadir pada majlis tersebut). Saya wakil rakyat di kawasan DUN Meru dan saya mewakili semua rakyat daripada pelbagai kaum dan agama bukannya Islam sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya menerusi laman-laman blog yang menunjukkan ADUN Meru itu berdiri di sebuah rostrum yang tertera lambang salib dan memberikan ucapan dalam satu majlis yang dikatakan dianjurkan oleh sebuah persatuan Kristian di kawasan DUN berkenaan.

Merujuk kepada laman Facebook Abdul Rani, beliau didapati turut memuatkan gambar-gambarnya dalam majlis tersebut selain menceritakan pandangan Pastor Moses Savari yang turut hadir pada majlis berkenaan yang memuji kehadiran beliau.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Abdul Rani mengakui dalam majlis itu beliau memberikan ucapan antara lain menjelaskan pandangan Islam terhadap agama Kristian kepada para hadirin.

"Saya beritahu mereka (kepada hadirin), nama Nabi Isa disebut sebanyak 25 kali di dalam al-Quran.

Selain itu saya turut menerangkan ayat al-Quran dalam surah Hujurat bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya manusia dapat kenal mengenal di antara satu sama lain," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads