Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali telah berpindah ke Laluan Utama, Batang Kali. Sebelum ini Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali berada di Taman Emas,Batu 30, Hulu Yam Lama.
Lokasi Pejabat Khidmat Adun Batang Kali berhadapan di seberang jalan Balai Polis Batang Kali berdekatan Public Bank dan Stesen Komuter Batang Kali.
Waktu Urusan Pejabat Khidmat Dun Batang Kali
- Isnin – Khamis – 9.00 pagi – 5.00 petang
- Sabtu – 9.30 pagi – 2.00 petang
- Ahad dan cuti umum – tutup
- YB akan berada di pejabat pada setiap hari Khamis sahaja.
Dua tiga minggu ini saya sedang memproses permohonan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil jadi memang berurusan dengan beberapa pejabat kerajaan – Pejabat MPOB, Pejabat Tanah & Galian dan Pejabat Khidmat Adun kawasan.
Pagi tadi ke Pejabat Khidmat Dun Hulu Bernam, Kampung Titiwangsa , Kelumpang. Malangkan YB tiada dipejabat kerana turun ke Kuantan membantu mangsa banjir.
Kalau tak berurusan, memang tak pernah ambil peduli. Hanya lalu dan pandang. Sesekali kena mencari, kalut juga nak tahu lokasi sebenar. Kalau ringan mulut bertanya, InsyaAllah akan ada yang membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan