Isnin, 20 Januari 2014

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


hijau sawah: Serangan hawar daun bakteria <b>di Sungai Burong</b>

Posted: 20 Oct 2013 04:51 AM PDT

Hawar daun bakteria (BLB) adalah penyakit bawaan bakteria yang menjadi masalah yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi kepada pesawah. Lebih awal serangan berlaku, lebih teruk kesan kerosakan dan kerugian yang akan dihadapi. BLB boleh mengakibatkan kerugian hasil sehingga 60 peratus. Serangan di peringkat pengisian padi akan menjejaskan kualiti padi kerana kecacatan pembentukan biji padi, mengurangkan berat biji dan menyebabkan banyak beras patah apabila dikilangkan. Jika serangan berlaku pada peringkat hampir masak, kehilangan hasil tidak begitu ketara. Kawalan yang disyorkan ialah menggunakan varieti padi yang resistan. Kawalan secara kimia menggunakan sebatian kuprum (tembaga) dan antibiotik tidak lagi berkesan. Bagi mengawal penyakit ini, kebersihan ladang amat penting. Rumpai, padi batat, tunggul padi dan benih padi yang berpenyakit perlu dihapuskan sebaik sahaja selesai menuai.

Gambar serangan BLB di Taliair 3 Sungai Burong (klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads