ads

Rabu, 1 Januari 2014

12 di cheras - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Suami gila seks rakam isteri mandi bogel <b>di Cheras</b> | Pilihan Anda

Posted: 12 Dec 2013 08:10 AM PST

Kuala Lumpur: Lima jahitan di kepala dan lebam seluruh badan. Itulah harga terpaksa dibayar seorang wanita berusia 27 tahun kerana menghalang suaminya daripada merakam videonya sedang berbogel di bilik mandi.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, di sini, kelmarin, mangsa juga diugut bunuh lelaki terbabit kerana menghalangnya daripada berbuat demikian.

Menyedari suaminya berusia 29 tahun mempunyai niat jahat selain tidak tahan dipukul, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Sumber berkata, sebelum kejadian, suami mangsa bertindak merakam video isterinya yang sedang mandi menggunakan telefon bimbit tanpa pengetahuan wanita terbabit.

"Bagaimanapun, perbuatan itu kemudian disedari isterinya sebelum meminta suaminya memadamkan video yang direkodkan itu.

"Permintaan mangsa tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu memujuk isterinya untuk merakamkan adegan mereka berasmara," katanya memberitahu permintaan itu juga turut ditolak dengan baik oleh isterinya itu.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba merampas telefon bimbit milik suaminya itu dipercayai mahu memadam rakaman video berkenaan.

"Perbuatannya menyebabkan suaminya naik marah lalu bertindak menghentak kepala mangsa di dinding bilik dan almari.

Lelaki itu juga dilapor menumbuk dan menendang mangsa berulang-kali dan ketika itu, mangsa hanya mampu merayu dikasihani.

"Lelaki terbabit turut mengugut untuk membunuh isterinya itu sebelum meninggalkan rumah," katanya.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan segera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di kawasan berhampiran kediamannya.

"Mangsa dilapor menerima sekurang-kurangnya lima jahitan di kepala selain mengalami lebam pada beberapa bahagian badan," katanya.

Katanya, mangsa turut membuat laporan di balai polis berhampiran.

"Sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan dan polis sedang menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved