Rabu, 1 Januari 2014

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


mari bercerita: Berhari-hari <b>di Kuala Selangor</b> bersama geng IPGKIK <b>...</b>

Posted: 29 Dec 2013 05:49 PM PST

Sebenarnya ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke Bukit Jugra. Kalau tak kerana classmate wife aku iaitu geng TESL IPGKIK 2.2 buat lawatan kat sini, konfem aku tak tahu apa yang ada kat sini walaupun setiap tahun lalu kat kawasan ni tiap kali nak ke Sabak Bernam menyambut hari raya.

Aku datang sini jadi jakun habis! Anakanda Harith punya jakun lagi la toksah cakap..Melopong je mulut dia bila dapat tengok monyet + kera kat depan mata. Selama ni dia tengok monyet cuma kat dalam gambar flash card je.

Di Bukit Jugra ni ada muzium yang mempamerkan peralatan dan sejarah awal penubuhan negeri Selangor. Ada pakaian perang, ada pedang, ada pinggan mangkuk lama dan macam-macam lagi la... Benda yang rare takde kat tempat lain ialah kota pertahanan siap dengan meriam besi dan tempat memancung kepala! Mula-mula bila baca signboard pasal pancung-pancung ni memang le seram. Tapi, kalau korang melawat tempat memancung ni, nasihat aku baca je la ayat kursi banyak-banyak supaya badi orang yang pernah kena pancung kat situ tak ikut korang balik rumah. For none muslim, just read whatever doa mengikut kepercayaan agama anda masing-masing..


Di atas Bukit Jugra ni jugak ada terletaknya sebuah bangunan putih yang mana orang ramai menggelarnya sebagai rumah api. Aku melopong, ternganga bila mula-mula diperkenalkan oleh wife aku. Oh, begitu rupanya bentuk rumah api yang mana selama ini aku cuma tengok hanya dalam siri National Geographic kat dalam TV!
Bagi mereka yang suka dengan monyet, kat sini adalah kawasan yang cukup permai untuk korang candid gambar dengan monyet sambil bagi diorang makan pisang. Tapi, awas.... Bukan semua monyet ni jinak-jinak merpati. Bagi yang perempuan, kalau tak nak kain anda tertanggal ditarik monyet, sila pakai seluar! Ini adalah amaran serius sebab masa aku pegi tu, ada sorang pelancong mat saleh comel yang memakai gaun terpaksa memegang gaun yang hampir terlondeh sebab ditarik oleh monyet-monyet yang naik 'syeh'. Aiii, kalaulah kain gaun tu terlondeh mau terbeliak bijik mata semua lelaki yang ada kat situ....
Bagi korang yang berminat dengan hidupan marin ataupun suka tengok ikan belacak kat paya bakau bolehlah menghadirkan diri ke Kuala Selangor Nature Park yang terletak di kaki Bukit Melawati. Mengikut kata member-member wife aku yang masuk ke hutan paya bakau ni, rata-rata diorang kata,

"Best! Ada banyak ikan belacak tau. Lepas tu ada banyak monyet bergayut atas pokok. Tapi, yang tak bestnya banyak nyamuk le. Kalau tau banyak nyamuk dah tentu la I prepare Ridsect dari hotel... Tapi biasala, ini kan hutan..."

Aku dengan wife takleh nak pergi sama sebab kitorang bawak anakanda Harith. Lagipun time tu dah petang rembang, hujan pulak tu.. Anakanda Harith tu dah la kulit sensitif, pantang nyamuk ketip sikit mula merah macam kena air panas. Jadi, takde la gambar kat dalam nature park tu untuk aku tepek kat sini.

Malamnya pulak, kitorang menjamu selera di sebuah restoran ikan bakar kat Kuala Selangor ni. Syok la makan ramai-ramai. Kepada kawan-kawan TESL 2.2, maaf lah sebab saya dan anakanda saya menempel makan sama-sama dengan korang. Huhuhu! Thanks to Ms. Grace sebab belanja kami semua malam tu. Thank a lot! Kalau berjalan di Kuala Selangor, rasanya tak lengkap perjalanan tu kalau tak singgah di Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Disini, korang boleh tengok kelip-kelip sambil menaiki bot yang didayung oleh petugas taman tersebut. Korang akan dibekalkan dengan jaket keselamatan semasa menaiki bot. Ada banyak kelip-kelip kat situ dan korang akan rasa seronok, tak payah pergi ke Taman ICT kat Shah Alam tu. Kat kampung Kelip-kelip ni korang akan disajikan dengan panorama indah cahaya berwarna-warni yang semulajadi. Cuma satu je pesan aku, bila naik bot tu jangan gatal-gatal kocak air kalau tak nak hilang jari. Kena beringat, air yang tenang, jangan disangka tiada buaya!

Itu le pengalaman best aku dengan anakanda Harith menempel dalam aktiviti lawatan dengan geng-geng  TESL 2.2. Hope lepas ni semua geng-geng TESL 2.2 dapat tempat posting seperti mana yang direncanakan dalam surat penempatan. Be a great techer and Best of luck, kawan-kawan semua.. !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads