ads

Ahad, 16 Februari 2014

12 di cheras - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di cheras - Google Blog Search


Unit Amal gerakkan operasi bantuan bekalan air <b>di Cheras</b>

Posted: 16 Feb 2014 06:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Penduduk di sekitar kawasan Cheras dan Balakong yang menghadapi gangguan bekalan air berterima kasih kepada pasukan Unit Amal yang gigih memberi khidmat bantuan bekalan air kepada mereka.

Kerja-kerja penutupan Loji Rawatan Air Batu 11 Cheras telah meyebabkan gangguan bekalan air selama beberapa hari di kawasan sekitar, antaranya di Taman Impian Ehsan, Taman Setia Balakong, Taman Impian Indah, Taman Cheras Jaya, Desa Ria, Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn dan Alam Damai.

Lebih 100 anggota Amal Serdang dengan menggunakan lori dan 4WD sendiri yang dipasang tangki air yang disumbangkan telah digerakkan dalam operasi itu, yang turut dibantu pasukan Unit Amal Selangor dan penyelarasan bersama Pejabat Adun Balakong dan Bangi, PAS Cawangan dan persatuan penduduk.

Pihak Unit Amal menumpukan agihan bekalan air di kawasan-kawasan yang belum menerima bekalan air daripada lori tangki Syabas dan MPKJ, membantu mengangkat air ke rumah warga emas dan orang kurang upaya, serta meneruskan operasi agihan sehingga jam 2 pagi.

Jumlah rumah flat dan pangsapuri yang banyak di sekitar kawasan itu menyulitkan misi agihan bekalan air, namun dapat diringankan hasil kerjasama semua pihak.

Rata-rata penduduk yang ditemui memuji kesungguhan anak-anak muda berbaju merah ini, datang membawa air dengan lori sendiri, mengawal orang ramai yang mengerumuni, dan terus meneruskan khidmat sehingga awal pagi.

Difahamkan, pihak Syabas telah memaklumkan bekalan air di kawasan terjejas akan pulih secara berperingkat dalam masa terdekat, namun pihak Unit Amal masih meneruskan khidmat di kawasan terjejas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved