Jumaat, 7 Februari 2014

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


Kekasih Lama <b>Kuala Kubu</b> Bharu | kujie2.com

Posted: 03 Feb 2014 07:10 PM PST

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Eh… macam hari Isnin pula pagi ni.

Selepas bercuti sepenuhnya selama 5 hari, balik lewat petang dengan kesesakan teruk di Karak Highway, hari ini bermula rutin seperti biasa.

Selepas hantar Intan ke sekolah awal pagi tadi, saya terus ke Rawang untuk bayar pinjaman rumah dan kereta. Niat hati bolehlah selesaikan awal pagi sebelum waktu rasmi pejabat yang sibuk selepas cuti panjang, tetapi semua CDM ( Cash Deposit Machine ) RHB dan Bank Muamalat out of servive. Terbantu perancangan.

Dari Rawang terus memandu secara santai awal pagi di Hulu Selangor untuk ke Kuala Kubu Bharu. Sementara tunggu waktu urusan rasmi bermula jam 9 pagi, pergi ke pasar Peladang KKB.

kuala kubu bharuharga sotong

Dapat sotong yang cantik ini dengan harga RM 20 sekilo.  Goreng tepung sedap ni. Rare tu balut dengan suratkhabar lama.

Ikan kembong sekilo RM 11.00

setia ke hujung nyawa
Keluar dari Agro Bank saja nampak pasangan ini.  Pasangan warga emas ini betul-betul menarik perhatian. Saya kagum dengan babak depan mata tersebut.

Biarpun baru semalam balik dari Hulu Terengganu, tengok baba romantik depan mata, terus teringat suami.  Saya pun nak macam ni… saling menemani biarpun tubuh makin susut, menunggu tarikh luput.

pasangan warga emas bercinta

Entah berapa lama  berjalan berdua seperti ini sepanjang hayat mereka.. Mungkin sama usia dengan pekan bersejarah ini.

Kuala Kubu Bharu wujud semasa pemerintahan Inggeris pada 12 Mei 1883 dikenali sebagai Kuala Kubu ditadbir oleh Cecil Ranking dan Mac Carthy semasa diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell.

pasangan warga emas

Nanti bila kita dah tua-tua …., awak jangan tinggalkan saya tau, walau pun saya jalan dah tak kuat.

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Nota : Teman Pengganti Black ft Malique

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads