ads

Jumaat, 7 Februari 2014

12 di petaling jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Polis Serbu Pusat Kecantikan Tawar Khidmat Seks <b>Di Petaling Jaya</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 01:25 AM PST

- Tuesday: 2014-01-07 17:25:35'.

pusat-urut-seks-pj
Lapan wanita warga Vietnam yang bekerja di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Petaling Jaya ditahan polis dalam satu serbuan awal pagi tadi.

Selain tidak memiliki dokumen perjalanan sah, mereka juga dikesan menawarkan khidmat urutan badan ke badan dan seks.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor menyerbu premis berkenaan.

Ketika serbuan, rata-rata wanita terbabit sedang berehat sambil menunggu pelanggan.

Pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan dipercayai didagang oleh agen mereka.

Siasatan mendapati, bayaran antara RM70 hingga RM170 dikenakan bagi setiap perkhidmatan.

Polis turut menahan seorang lelaki warga Vietnam dan seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis.

Premis ini didapati pernah diserbu polis sebelum ini dan mempunyai pintu rahsia bagi pekerja terbabit melarikan diri sekiranya diserbu pihak berkuasa.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun, dibawa ke balai polis Sungai Way untuk tindakan lanjut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved