Selasa, 4 Februari 2014

12 di subang jaya - Google Blog Search

12 di subang jaya - Google Blog Search


[ Video ] Restoran beriani popular <b>di Subang Jaya</b> dirompak <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2014 05:23 PM PST

PETALING JAYA - Seramai 10 pelanggan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran nasi beriani terkenal di Subang Jaya dekat sini tersentak apabila disamun sekumpulan penyamun bersenjata sebilah parang dalam kejadian samun Rabu lalu.
Difahamkan, dalam kejadian pukul 9.15 malam itu empat lelaki dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an bertopi keledar tiba-tiba masuk ke dalam restoran itu lalu menghampiri pelanggan sebelum bertindak menyamun dengan parang.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikirim satu sumber, tiga daripada empat suspek terbabit mengugut mangsa menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit milik mereka.
"Salah seorang suspek pula datang ke kaunter dan mengambil wang daripada mesin juruwang sebelum kesemua mereka bertindak melarikan diri.
"Nilai kerugian melibatkan wang tunai dan telefon bimbit pelbagai model yang disamun dianggarkan berjumlah RM8,000," katanya di sini semalam.sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads