ads

Selasa, 18 Mac 2014

12 di bukit raja - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di bukit raja - Google Blog Search


Restoran Makanan Segera <b>Di Bukit Raja</b> Diarah Tutup

Posted: 09 Oct 2013 05:10 PM PDT

Sebuah restoran rangkaian makanan segera di Bukit Raja, dekat sini diarah tutup selepas stor makananya didapati kotor berikutan kehadiran najis tikus yang dikesan dalam pemeriksaan rutin pihak berkuasa terbabit.

restoran makanan segera diarah tutup
Arahan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Klang yang mendapati ia gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana tidak mematuhi elemen penting kebersihan seperti kehadiran tikus, lipas dan serangga.

Sumber memberitahu, tindakan itu diambil selepas pasukan pemeriksa dari jabatan terbabit mengesan najis binatang berkenaan dalam stor makanan premis itu sebelum arahan penutupan dilakukan.

Berikutan itu katanya, restoran makanan segera berkenaan diberikan notis penutupan selama dua minggu bermula kelmarin namun dibenarkan beroperasi selepas dua hari ditutup dengan pemeriksaan rapi jabatan kesihatan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Azman Abu Bakar, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja berhubung isu kebersihan dan keselamatan orang ramai.

Katanya, jabatan kesihatan tidak teragak-agak mengeluarkan notis penutupan operasi premis makanan jika didapati pengendali atau pemiliknya melanggar peraturan.

Bagaimanapun katanya, pengurusan restoran itu mengambil langkah proaktif melakukan kerja pembersihan secara menyeluruh menyebabkan ia diperiksa semula semalam dan sudah dibenarkan beroperasi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved