ads

Selasa, 25 Mac 2014

12 di dengkil - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di dengkil - Google Blog Search


Cendol Bakar <b>Di Dengkil</b> ~ JomSihatJomGojes

Posted: 23 Feb 2014 01:09 AM PST

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera..

Tengahari ni akak nak kongsikan satu tempat yang boleh tahan syiok untuk lepak-lepak minum petang.Terletak di tengah-tengah laluan dengkil-KLIA,gerai cendol bakar Auntie Sue ni sememangnya menjadi tumpuan ramai.
Ini kali kedua akak datang ke sini. Terdapat banyak pilihan cendol yang ada seperti cendol durian, cendol tapai, cendol pulut dan cendol biasa.Nak combine-combine cendol pun boleh jugak.Untuk hari ni suami dan anak akak memilih cendol durian dan cendol tapai+pulut.

Macam akak, akak kurang gemar minuman bersantan.Kalau ABC akak suka. Jadi teh o ais saja pilihan hati.hehe...

Apa yang menarik dan paling akak suka ialah kombinasi goreng-gorengan yang ada.Sepinggan ada macam-macam gorengan; cucur udang,tempe goreng,tahu goreng, isi ketam, dan sosej.Memang terbaik la especially bila dicicah sos yang disediakan. Boleh pilih samada nak RM5 atau RM10. Sebenarnya jika nak asing goreng-gorengan ni pun boleh. Tapi lagi la syok kalau combine.Boleh rasa semua pada harga yang sangat murah.

Haa...nampak tak sepinggan gorengan tu.Memang rangup sampai meletup-letup dalam mulut.Haha....

Walaupun ramai orang beratur nak beli cendol ni, servisnya tetap mantap. Sangat cepat. Sepinggan gorenvgan berharga RM5 & dua mangkuk cendol pada harga RM7.50 dah murah sangat dah untuk kelainan minum petang yang best.

Cuma kali ni masa makan tu ada bau kurang menyenangkan sikit datang dari longkang behampiran. Kalau dapat tutup mungkin kedainya akan lebih fresh dan bersih.

Pada yang nak cuba atau ada nak ke airport ke, bolehlah singgah gerai cendol bakar ni.Nak tapau pun boleh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved