ads

Selasa, 25 Mac 2014

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Imam Muda Mahu Party Life In Colour <b>Di</b> Litar <b>Sepang</b> Dihentikan

Posted: 18 Mar 2014 11:39 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim
Kami, barisan Imam Muda 1, 2, 3 dengan ini menyatakan prinsip dan pendirian kami tentang penganjuran Party Life In Colour yang akan diadakan 19 April ini di Sepang International Circuit. Rujukan : (https://www.lifeincolor.com/event/kuala-lumpur-2014-04-19-173000)

1. Kami mendesak dengan pendirian yang sangat tegas agar DIBATALKAN dan DIHENTIKAN sebarang konsert, parti, yang menyalahi hukum agama, adat dan budaya. Ingatlah amaran Allah dalam surah Ghafir, ayat 75, 76
"Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu BERSUKARIA DI ATAS MUKA BUMI DENGAN CARA YANG SALAH (pada hukum Tuhan), dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat)"
"Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam kekallah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam".

Imam Muda Mahu Party Life In Colour Di Litar Sepang Dihentikan

Imam Muda Mahu Party Life In Colour Di Litar Sepang Dihentikan

2. Kami menentang dengan sekeras kerasnya penganjuran, dan sangat berharap agar pihak kerajaan yang bertanggungjawab menghentikan segala perkara yang memungkinkan segala macam perkara yang buruk dan sudah tentu tidak diredhai Allah daripada berlaku. Konsep wasatiyyah yang diperkenalkan haruslah diambil dan dihayati dan diberikan pengaplikasian yang menyeluruh. Ketahuilah! Hadis dari Abdullah Bin Umar, nabi berpesan bahawasanya kita adalah pemimpin. dan kelak kita akan dipersoalkan terhadap apa yang kita pimpin. Bertakwalah kalian kepada Allah!

3. Kami juga menegaskan bahawasanya masyarakat harus sedar penglibatan kita di dalam perkara sebegini, walaupun sekadar menyokong adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan. Kita punya tuhan. Kita punya peraturan. Dan tidaklah ianya ditetapkan oleh Allah melainkan untuk kebaikan diri kita.

4. Sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, kami menekankan kepada semua pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pelancongan dan institusi agama akan memastikan segala perancangan dan program yang disusun bersesuaian dengan syariat Allah. Dengan menyedari dan menginsafi yang bahawasanya negara Malaysia ini sebuah negara Islam, pemimpinnya juga seorang Islam, maka sangat diharapkan kita kembali kepada ajaran Islam yang tidak hanya terhad kepada slogan dan simbol. Allah sudah memberikan petanda yang sangat jelas iaitu di dalam surah Al BAqarah ayat 208 : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata

5. Kami melahirkan harapan yang sangat tinggi agar rakyat yang beragama Islam mahupun belum beragama Islam dididik dengan perkara yang mampu menutup masfadah (Kerosakan). Islam adalah agama yang universal dan holistik. Setiap apa yang dihidangkan kepada rakyat mampu menjadi 'cerminan' terhadap kita di atas dunia, dan di akhirat sana. Allah menerangkan dalam SUrah Al Ahzab ayat 67: "Dan mereka berkata;:"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta'ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)". 68 : Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar"

6.Pemimpin dan rakyat Malaysia khususnya haruslah menginsafi terhadap segala ujian yang sudah dan sedang Allah turunkan kepada kita semua. Berinteraksilah kita dengan segala ujian yang Allah turunkan kepada kita. Takutlah kita dengan ingatan Allah dan surah Al Anfal ayat 25 yang bermaksud : "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya"

Secara kesimpulannya, kami menegaskan sekali lagi, bahawasanya semua pihak terutamanya yang mempunyai authority dan punya kemampuan terhadap penganjuran, penyusunan, segala apa yang menyumbang ke arah kerosakan agar menghentikan perkara tersebut. Takutlah kita dengan ayat ayat Allah. Insaflah kita dengan pesanan Nabi. Jangan kita merasa bongkak di atas dunia sedangkan sebenarnya kita masih lagi seorang hamba kepada Allah. Ingatlah ayat Allah dari surah Al Anaam ayat 93 : Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya"

Ya Allah. Saksikanlah. Sesungguhnya kami telah menyampaikan.

Sumber : Imam Muda Fattah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved