ads

Sabtu, 1 Mac 2014

12 di kajang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


&#39;Anwar terdesak <b>di Kajang</b>&#39; | Malaysia Today

Posted: 18 Feb 2014 10:47 PM PST

anwar_Church

(FMT) - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa tindakan calon PKR bagi PRK Kajang,  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh isu penggunaan kalimah Allah di sebuah gereja di Kajang sebagai tindakan seorang yang terdesak.

"Apa yang berlaku di Kajang mutakhir ini membayangkan bagaimana Anwar Ibrahim cukup terdesak untuk mendapatkan undi – secara khusus bagi menyembunyikan permasalahan dalaman parti yang semakin meruncing.

"Tindakan untuk memprovokasi isu yang jelas mempunyai parameter agama, boleh memberikan kita bayangan bahawa keterdesakan ini adalah amat nyata dan menampilkan Anwar sebagai 'political animal' yang sangat berbahaya kepada politik Malaysia," kata Reezal menerusi satu kenyataan kepada FMT.

Tambah Reezal lagi, cendekiawan dan ahli fikir dihormati dalam negara sudah hampir sepakat bahawa isu kalimah Allah ini adalah satu perkara yang tidak wajar dipermainkan oleh mana-mana pihak.

Merujuk kepada pandangan Datuk Dr Siddiq Fadhil dan pemikir Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Syed Ali Tawfik Al-Attas, Reezal mendakwa Anwar berbuat demikian hanya kerana mahu menampilkan 'semangat liberalisme totok' yang merosakkan fabrik agama Islam di Malaysia.

"Ini bukan soal berani atau tidak, ini soal perlu atau tidak. Mengguna pentas gereja untuk mendapat populariti politik adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.

"Anwar sepatutnya lebih bijaksana dalam menilai keperluan untuk menyantuni pendirian kalangan cendekiawan Malaysia yang tegap dan tegas di dalam isu kalimah Allah ini," katanya lagi.

READ MORE HERE

.: Letak calon <b>di Kajang</b>, Najib - Muhyiddin tidak sependapat?

Posted: 21 Feb 2014 03:50 AM PST

TERKINI                                                                                            

Akhirnya BN telah mengambil keputusan untuk ikut sama menyertai pilihan raya kecil dUN 25 Kajang dengan mengumumkan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun sebagai calon. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyuddin Yassin hari ini. Pengumuman itu ia menolak spekulasi awal mengatakan kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon di situ kerana mengira harapannya untuk menang tipis berdasarkan majoriti besar diraih calon PKR dalam pilihan raya umum lalu. Beberapa orang pemimpin Umno juga telah memberi pandangan agar BN tidak meletakkan calon bagi mengelak pembaziran wang dan masa.

Apabila bekas ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu diumumkan, menunjukkan BN tidak sedia untuk berbuat demikian melainkan ikut sama meletakkan calon demi menjaga maruah. Mungkin boleh dipersoalkan apabila nama Mei Fun itu diumum oleh Muhyuddin tetapi bukan oleh Najib Razak. Dalam situasi sekarang ini sepatutnya Najib membuat pengumuman sendiri bagi menunjukkan kekompatan BN. Tetapi tidak begitu nampaknya.

Sebelum ini Najib dikatakan tidak ada 'angin' untuk meletakkan calon BN, sebaliknya timbalannya, Muhyiddin awal-awal lagi menegaskan BN akan meletakkan calon bertanding atas alasan ia berlaku kekosongan. Berlaku perbezaan pendangan di antara Muhyiddin dan Najib dalam hal ini, dan apakah suara Muhyiddin kini lebih keras dari Najib?

Najib pernah memutuskan BN tidak meletakkan calon di suatu pilihan raya di Pulau Pinang tahun 2009 lalu atas alasan pilihan raya itu tidak atas kehendak perlembagaan, apabila ia sengaja dikosongkan bagi memberi laluan kepada tokoh lain. Kerana pengosongan di Kajang itu sama dengan apa berlaku di Pulau Pinang itu menyebabkan ramai pemerhati termasuk saya mengira adalah bijak kalau Najib akan mengambil keputusan sama.

Bagaimana pun hari ini bila Muhyiddin mengumumkan nama Mei Fun seperti mana dicadangkan oleh Inchek Ibrahim Ali, seakan ada pergeseran di antara Muhyiddin dengan Najib. Perlu diingat bekas PM Mahathir Mohamad yang kini dikatakan kuat menyerang Najib juga mahukan BN meletak calon di Kajang.

Pemilihan Mei Fun itu dikira satu keberanian oleh BN kerana Naib Presiden MCA itu tidak disenangi oleh orang-orang bekas presiden Chua Soi Lek. Sudah pasti pengikut Soi Lek yang menjadi pengundi di Kajang berat untuk memberi undi kepada Mei Fun. Begitu juga orang Melayu yang mengharapkan calon dari kalangan Umno diturunkan, kecewa dengan tindakan. Kemungkinan tindakan protes berlaku dan ini 'merohokkan' (menyukarkan) untuk Mei Fun menang.

Bagaimana pun pencalonan Mei Fun membolehkan Inchek Ibrahim Ali dan NGO yang dipimpinnya akan berkempen bermati-matian untuk kemenangan calon Cina. Cara itu juga membolehkan Inchek Ibrahim membuktikan bahawa NGO yang dipimpinnya bukan rasis. Sementara itu pencalonan Mei Fun itu juga sekali lagi menyebabkan Karuppan Nalla, kempunan untuk merai menjadi calon.

Yang menjadi pertanyaan saya juga bila mengenang Kajang ini, ke manakah pengundi bebas yang mengundi Berjasa dalam pilihan raya lalu bagi mengelakkan berdosa akan mengambil sikap pada pilihan raya kecil 23 Mac nanti? [wm.kl.7:49 pm 21/02/14]

Hidup mati Anwar <b>di Kajang</b> – Perak Today

Posted: 17 Feb 2014 03:00 PM PST

khalid ibrahim, anwar ibrahim di majlis pkr

SHAH ALAM – PKR begitu yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang mudah PRK Dun Kajang namun bagi penganalisis politik, kekalahan pemimpin nombor satu pembangkang itu bukan mustahil.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, pada awalnya Anwar yakin Kajang kawasan mudah untuk beliau meraih majoriti besar.

Namun kini situasi sudah tidak sama lagi, apabila strategi yang diguna pakai dalam kempennya mulai berubah-ubah apabila rakyat Kajang dilihat mulai sedar akan matlamat sebenar Anwar.

"Bukan sahaja BN berusaha untuk menewaskan Anwar, tetapi bekas rakan-rakannya juga tampil menawarkan diri untuk mencabar beliau dalam PRK kali ini.

"Malah, ada juga pemimpin dalam PR sendiri kurang senang dengan percaturan yang dibuat beliau di Kajang. Kerana justifikasinya bukan untuk kepentingan PR tapi lebih kepada PKR dan agenda peribadi," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut Azmi, kemungkinan untuk Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu tewas lebih besar apabila beliau mendapat calon lawan yang mempunyai personaliti berlawanan dengannya.

"Pengumuman (Datuk) Zaid Ibrahim bertanding sebagai calon bebas sedikit sebanyak memberi saingan sengit pada Anwar. Zaid mempunyai personaliti dan prinsip berlawanan dengan Anwar," katanya.

Beliau berkata, rakyat juga akan terfikir apakah punca orang yang dianggap rapat dengan PR tampil untuk menentang calon mereka.

"Permainan politik yang digunakan Anwar ini ditolak oleh ramai pihak. Maka beliau perlu lebih berhati-hati dalam siri kempennya," kata Azmi.

Menurutnya lagi, karier politik Anwar boleh terkubur jika ketua pembangkang itu kalah dalam PRK kali ini.

"PRK ini umpama hidup mati Anwar. Kalaulah di kawasan PR kuat juga beliau boleh tewas, sudah pasti akan beri kesan besar.

"Implikasinya bukan sahaja pada PKR malah pada beliau sendiri, harapan untuk menjadi menteri besar akan lenyap malah kredibiliti untuk beliau diangkat sebagai perdana menteri juga akan hilang," katanya.

Semalam, Zaid mengesahkan dirinya akan bertanding sebagai calon Bebas di Dun Kajang.

Sebelum itu, bekas rakan karib Anwar, Datuk S Nallakaruppan turut menawarkan diri untuk mencabar ketua pembangkang itu.

Sementara itu, kemelut isu Selangor belum berakhir apabila beberapa pemimpin PKR didakwa berusaha untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri Besar Selangor dengan menggantikan Anwar.

Bagaimanapun, Pas beberapa kali menegaskan pihaknya tidak akan menyokong pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor, dan hanya menyokong Anwar sebagai calon PR di Dun Kajang.

- SINAR HARIAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved