ads

Sabtu, 1 Mac 2014

12 di kuala kubu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


anajingga: Empangan Sungai Selangor-<b>Kuala Kubu</b> Bahru

Posted: 18 Feb 2014 12:33 AM PST

Dalam perjalanan menuju ke Bukit Fraser melalui jalan Kuala Kubu Bahru,pasti kita akan terpandang suatu pemandangan yang sangat luas saujana mata memandang.Disebelah kanan jalan terdampar indah pemandangan Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bahru.

Empangan yang luas membiru dan dikelilingi kehijauan hutan dan berlatar belakangkan deretan gunung ganang Banjaran Titiwangsa.Sangat indah dan damai sekali berada di pagi hari di sini seketika sambil dihebus angin segar.


Namun ana pasti fenomena cuaca panas dan kering yang kita alami pada masa ini, sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada empangan Sungai Selangor. Besar kemungkinan paras air akan semakin susut dan boleh menjejaskan bekalan air khasnya sekitar Hulu Selangor termasuklah kawasan kediaman ana agaknya.
Oleh itu sama-samalah kita berjimat menggunakan bekalan air supaya dapat mengurangkan pembaziran.

Namun tidak di nafikan akibat cuaca yang panas terik ini, kita akan lebih banyak memerlukan bekalan air untuk menyiram tanaman,mandi,wuduk dan sebagainya.Sebagai hambaNya, kita memohon supaya cuaca panas ini akan beransur pulih dan hujan akan turun membasahi bumiNya yang kian gersang ini.Amin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved