Jumaat, 14 Mac 2014

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Polis Mati Dibunuh Warga Asing <b>Di Klang</b> | "phat corner"

Posted: 04 Mar 2014 05:19 PM PST


Semakin menjadi-jadi pula perangai warga asing di negara kita ni kan. Tak cukup dengan pelbagai kes jenayah semalam negara digemparkan dengan kejadian 2 orang anggota polis telah diserang oleh warga asing yang dipercayai dari Indonesia.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi di Taman Sentosa, Klang itu seorang anggota polis iaitu Koperal Raja Aizam Bin Raja Mohd maut sementara seorang lagi anggota polis yang juga berpangkat Koperal cedera parah.

Dalam kejadian tersebut, 2 anggota polis ini terserempak dengan warga Indonesia ini dalam keadaan mencurigakan dan mereka melakukan pemeriksaan. Ketika pemeriksaan dijalankan mereka bertindak merampas senjata polis dan berlaku nya pergelutan.



   
Dalam keadaan kelam kabut salah seorang anggota polis berjaya menembak mati 2 warga asing dan yang lain melarikan diri. Koperal Raja Aizam dikatakan cedera parah di kepala akibat ditetak dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan anggota polis yang cedera pulih. Mereka berjuang demi keselamatan negara. Harap pihak berkuasa negara kita mengambil tindakan tegas kepada warga-warga asing yang semakin melampau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads